CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8189|Reply: 0

'Saya tak akan pertahankan anggota polis langgar etika, disiplin, calar imej pasukan'

[Copy link]
Post time 14-2-2024 04:08 PM | Show all posts |Read mode

Saifuddin Nasution (depan, tiga dari kanan) pada hadir majlis Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya hari ini. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi atau bersikap defensif terhadap mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melanggar etika kerja serta disiplin yang mencalarkan imej dan reputasi pasukan.

Susulan beberapa kes salah laku membabitkan anggota PDRM yang dilaporkan kebelakangan ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata walaupun hanya membabitkan segelintir anggota, ia tidak boleh dipandang ringan kerana turut memberi kesan buruk kepada anggota lain.

"Saya tidak akan defensif (mempertahankan anggota) dalam bab ini. Sebagai agensi penguatkuasa yang terbesar di negara ini, maka pendekatan kita adalah 'tidak akan bertolak ansur' dalam kes begitu.

"Kita tidak boleh kata ini cuma segelintir saja, tetapi kena ambil pendekatan atau sikap yang betul iaitu 'tiada kompromi', tiada basa-basi sebab kita tahu daripada 120,000 kekuatan yang kita ada, ada watak yang mencalarkan reputasi pasukan yang sangat tidak adil dan tidak wajar, terutama kepada sebahagian besar yang berdedikasi," katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.



Turut hadir, Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.bharian.com.my/berit ... tika-disiplin-calar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.734879 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list