CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13438|Reply: 1

PDRM terima lebih 35,000 permohonan jawatan inspektor polis

[Copy link]
Post time 14-2-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lebih daripada 35,000 permohonan bagi mengisi jawatan inspektor polis untuk pengambilan terbaharu.

Menurut beliau, walaupun sejak akhir-akhir ini terdapat pelbagai laporan berhubung isu pelanggaran disiplin dilaporkan membabitkan anggotanya, namun minat orang awam terutamany terhadap pasukan berkenaan masih tinggi.

“Saya nak sebut disini, pengambil terbaharu sekarang untuk jawatan inspektor hampir 35,000 hingga 40,000 pemohon, yang kita nak ambil itu sangat kecil bilangannya, saya tidak ingat (jumlah).

“Di satu sisi kita kata bahawa cerita tentang pelanggaran disiplin dan segala macam mengenai polis, tapi bila perjawatan itu wujud, permohonan itu terlalu besar.

“Ini menunjukkan bahawa minat terhadap pasukan polis masih tinggi, kepercayaan masyarakat terhadap institusi ini penting. Lainlah kalau kekosongan itu 3,000 tapi yang mohon 500, (itu) kami bermasalah, namun ianya tidak berlaku dan ini adalah fakta yang jarang dikongsi,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... an-inspektor-polis/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2024 05:36 PM | Show all posts
masuk polis nak
dah xde pencen ni blh create connection
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055203 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list