View: 7018|Reply: 0
|
Gol Immobile tumbangkan Bayern
[Copy link]
|
|
CIRO Immobile meraikan jaringannya. FOTO AFP
Rom: Ciro Immobile meletakkan Lazio selangkah lagi ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh hampir suku abad selepas menjaringkan gol tunggal ketika menewaskan Bayern Munich 1-0, awal pagi tadi.
Penyerang Itali, Immobile, meledak gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-69 di Rom pada aksi pertama pusingan 16 terakhir untuk memberi tekanan kepada juara Bundesliga, Bayern, yang berisiko melalui musim buruk.
Sepakan penalti itu dimenangi Gustav Isaksen yang dikasari oleh Dayot Upamecano sehingga menyebabkan pertahanan Perancis itu dilayangkan kad merah sekali gus Bayern kehilangan seorang pemain untuk 20 minit terakhir.
Jaringan Immobile hadir beberapa hari selepas dia menjaringkan gol ke-200 di Serie A sekali gus memberi harapan kepada penyokong Lazio bahawa kelab itu mampu mara ke suku akhir buat kali pertama di pentas Eropah selepas 24 tahun.
"Kami melakukan persediaan rapi untuk perlawanan ini supaya kami boleh memberikan tentangan kepada Bayern.
"Walaupun kami hanya mempunyai peluang 10 peratus, pasukan memberikan segala-galanya di atas padang.
"Kami mahu memberikan keputusan yang baik kepada penyokong dan saya fikir kami sudah dapat melakukannya," kata Ciro Immobile kepada Amazon Prime Video.
Sementara itu, pengendali Bayern, Thomas Tuchel menafikan bahawa beliau berasa bimbang dengan masa depannya walaupun kekalahan hari ini hadir selepas tewas 0-3 di Bayer Leverkusen, Ahad lalu yang menyebabkan Bayern ketinggalan lima mata dalam perebutan kejuaraan liga.
Liga Juara-Juara seperti peluang terakhir Bayern untuk memenangi trofi musim ini tetapi Immobile semakin menyukarkan impian gergasi Jerman itu.
"Kami mengharungi separuh masa pertama yang baik, kami adalah pasukan yang lebih baik dan menguasai perlawanan sepenuhnya.
"Kami kehilangan rentak dan kepercayaan diri pada separuh masa kedua. Saya tidak tahu kenapa," kata Tuchel.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... e-tumbangkan-bayern |
|
|
|
|
|
|
| |
|