CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20562|Reply: 133

[Tempatan] Cuaca panas lebih gila tahun ini

  [Copy link]
Post time 17-2-2024 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 17-2-2024 10:32 PM

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam suatu kenyataan bertarikh 13 Februari 2024, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding sebelum ini susulan ketiadaan hujan dalam tempoh lama.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024. Litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutama di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan. Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

MetMalaysia turut memaklumkan dalam tempoh berkenaan, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang. Suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen meteorologi utama MetMalaysia adalah 36.9 darjah Celsius iaitu di Chuping, Perlis pada 8 Februari lalu.

Berikutan fenomena El Nino yang sedang melanda dunia, dijangkakan suhu maksimum harian negara boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat. Dalam keadaan cuaca panas, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air. Orang ramai juga dinasihatkan untuk hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas. Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih myCuaca atau dengan melayari laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia.

Sumber: MetMalaysia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2024 09:38 AM | Show all posts
Elak-elakkan dari menyambut Hari Kekasih, Hari Wanita, Hari Ibu, Hari Pekerja dan Hari Guru serta Hari Bapa sebab ia semua mengundang cuaca panas melampau..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya suka hujannn.....
Sejukkan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Sini musim hujan and sejuk sket. Tapi buah2an banyak menjadi. Sedap pula tu (manis cukop).
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 10:07 AM | Show all posts
kekdahnya baru pukul 8 pagi pon dah hangat chuolss...weols jemur kain selalunya 3-4 jam baru kering, sekarang ni sejam je dah kering yach
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
AKSB tersenyum sampai ke telinga. Bil ada airnya tiada. TNB tersengih macam kerang busuk. Guna minimum bayar maksimum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 17-2-2024 10:11 AM
AKSB tersenyum sampai ke telinga. Bil ada airnya tiada. TNB tersengih macam kerang busuk. Guna minim ...

Dan akn berulang komplin tgt tnb mcm awal tahun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 17-2-2024 10:14 AM
Dan akn berulang komplin tgt tnb mcm awal tahun lepas

... dan TNB akan siarkan balik ulangan rakaman "zikir al Nino wal Elektrik" mereka: "... peti sejuk... coway... aircond... $$$...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitulah kehidupan... ada panas ada sejuk... kalau reti bersyukur, takde masalah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah baru je ujan. Sejokkkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ramai yg demam on off...batuk lagi...mmg cuaca panas sgt...

Jom la pindah ke Yakutsk
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 12:02 PM | Show all posts
Kat Malaysia rasa duk dlm oven everyday sekarang ni..

Kat Yakustk @ Yakutia suhu boleh cecah -71°C


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Madel at 17-2-2024 04:08 AM

Tempat aku ni elok je panas berselang hujan tiap hari.
Kat JB
Ni pun dah kol 12thari, panas pun tak terasa
angin kencang..sat nnti hujan la tu.
Aku tak kisah sgt panas sbb bukan kerja berjemur tengah matahari pun.
Aku kesah waktu maghrib yg makin lewat, jenuh tahan perut lapar berpuasa
Maghrib 7.22pm.
Ada dulu tahun lepas tak silap maghrib awal dlm kol 6.50 gitu..mmg best puasa sunat n qada.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kat johor dari hari isnin hingga jumaat, cuaca mendung dan hujan sekejap2 tu sepanjang hari, nahhh.. ptg semalam sampai KL,.. bahangnya.. malam2 pun panas..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 17-2-2024 12:04 PM
Tempat aku ni elok je panas berselang hujan tiap hari.
Kat JB
Ni pun dah kol 12thari, panas pun tak  ...

Biasa la bulan islam ni dia akan beranjak2 ke depan nnt. Tunggu bbrp tahun lg kita gongxi raya lagi, lps tu kita raya + krismas & ulang lagi seterusnya sampai kiamat.

Untug org jaybee dirahmati Allah sb chuols kan jadi ketua utk 5 tahun ni.. kl ni byk sgt maksiat maka panas la membahang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebetulan plak hadiah lucky draw dapat aircond huhu dah 4 kali ni menang hadiah aircond

Btw tahun ni budak sekolah dh kembali pakai baju kurung berlapis2 ngn inner dan legging.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua kerja orang gila lah
-Samy Vellu-

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 17-2-2024 12:04 PM
Tempat aku ni elok je panas berselang hujan tiap hari.
Kat JB
Ni pun dah kol 12thari, panas pun tak  ...

Iols baru balik dr bercuti kat johor, lepak muar pastu g JB.
Hujan je weh tak g mana la sgt sbb hujan. Tp kat JB maghrib awal laa banding kat KL ni
kat KL ni kul 7.30pm maghrib.
Subuh pun lewat mujur cuti sekolah tidak terkejor2 la yg g sekolah awal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 17-2-2024 12:43 PM
Ini semua kerja orang gila lah {:mlwa ...

........
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ituhari banjir x nak kutip banjir boleh muat empangan taw
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.128914 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list