CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8451|Reply: 0

[Johor] Dah dapat rumah murah PPR, sewakan pula dengan bayaran 3 kali ganda

[Copy link]
Post time 17-2-2024 03:33 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor. - NSTP/ARKIB

PASIR GUDANG: Kira-kira 2,000 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) di Johor dikesan menyewakan pula kediaman berkenaan kepada pihak ketiga, malah dengan kadar sewaan dinaikkan sehingga tiga kali ganda.

Sehubungan itu, tindakan tegas akan diambil, termasuk membatalkan perjanjian asal dimeterai penyewa asal dengan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata sejak 2022, kerajaan negeri mula mengusahakan profil maklumat setelah menerima banyak aduan mengenai penyewa PPR dan RSK menyewakan unit mereka kepada pihak ketiga.



- FOTO HIASAN.

"Lebih buruk lagi, ada penyewa ambil sewa sehingga tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar asal RM200 hingga RM300 sebulan. Keadaan ini semakin berleluasa setelah tidak ada penguatkuasaan dibuat.

"Kita sudah buat profiling terhadap 80 peratus daripada keseluruhan 14,500 penyewa PPR dan RSK di Johor. Dianggarkan kira-kira 2,000 unit disewakan kepada pihak ketiga dengan kadar sewa yang tinggi," katanya.

Memberitahu demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pemerkasaan Komuniti RSK dan Wakaf Tani Komuniti di RSK Taman Cendana Dua, di sini hari ini, PPR dan RSK antara usaha kerajaan membantu golongan B40 dan ke bawah tinggal di kawasan bandar dengan kadar sewa rendah.

Malangnya, beliau berkata, kemudahan itu telah disalahgunakan dan kerajaan negeri akan bertindak tegas terhadap individu yang berbuat demikian.

"Tindakan pembatalan perjanjian asal akan dilakukan dan unit berkenaan akan diberikan kepada penyewa sedia ada (pihak ketiga) dengan syarat mereka menepati kriteria, iaitu pendapatan isi rumah sekeluarga maksimum RM3,000," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ayaran-3-kali-ganda

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.063210 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list