CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6986|Reply: 0

'Ini medan 'pergaduhan', biar pengadu bangkitkan isu berkaitan siasatan' - Ketua Polis Negara

[Copy link]
Post time 18-2-2024 12:35 PM | Show all posts |Read mode

RAZARUDIN mengadakan bertemu pengadu dan mangsa yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah. FOTO Facebook PDRM

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengambil pendekatan mengadakan bertemu pengadu dan mangsa yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah, baru-baru ini.

Razarudin berkata, majlis itu adalah julung kalinya diadakan yang disifatkan beliau sebagai 'medan pergaduhan'.

"Ini yang saya buat pertama sekali di Malaysia, saya bagi 'bergaduh'. Tuan-tuan dan puan-puan, saya juga di sini mahu memberitahu bahawa kita cakna mengambil tahu kepada pengadu yang kesnya masih belum selesai lagi.

"Saya sudah beritahu Datuk Fizol (Ketua Polis Kedah) dan Ketua Polis Daerah (KPD) di daerah lain (di Kedah) yang ada 11 (KPD) supaya buat benda sama (majlis sama)," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berkenaan yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh.

Video Razarudin di lawatan dan majlis berkenaan di muat naik menerusi hantaran TikTok di akaun rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.

Menurut Razarudin, IPD Kubang Pasu adalah lokasi yang istimewa baginya kerana ia adalah lokasi pertama beliau ditugaskan dalam pasukan.

"Ini (IPD Kubang Pasukan) adalah 'soft spot' kerana dulu-dulu (ia adalah lokasi) masa saya mula bekerja.

"IPD lain perlu panggil balik pengadu pada Hari Polis dan raikan sama-sama (Hari Polis).

"Kita tidak pernah lupakan klien kita, kita tidak pernah lupakan pelanggan kita, ini (pengadu) adalah pelanggan PDRM yang terkesan," katanya.

Katanya, beliau mahu menunjukkan hubungan antara pihak polis dengan masyarakat sama dengan slogan, 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

"Kita nak tunjukkan bahawa polis dan masyarakat berpisah tiada, ini sebenarnya yang saya nak tunjuk.

"Saya bukan kata nak tunjukkan kepada tuan-tuan dan puan-puan saja, saya nak tunjukkan kepada semua pegawai polis yang lain, ini yang patut kamu buat," katanya.

Terdahulu, Razarudin dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di IPD Kubang Pasu untuk mendengar permasalahan mereka berhubung status laporan polis yang masih dalam tindakan.

"Saya berkesempatan mendengar pelbagai perkara yang mereka (pengadu) bangkitkan berkaitan siasatan sedang dilaksanakan oleh pegawai penyiasat.

"Ini termasuk beberapa 'cold cases' (kes lama belum diselesaikan) yang mungkin dianggap tidak lagi menjadi keutamaan dalam siasatan pihak polis," katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pegawai penyiasat supaya sentiasa melaksanakan siasatan dengan telus, berhemah, penuh amanah dan sedaya-upaya membantu masyarakat.

"Ia adalah selari dengan slogan yang kita banggakan, 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'", katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Razarudin membuat lawatan mengejut di beberapa IPD termasuk IPD Kajang, IPD Nilai dan IPD Ipoh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... itan-siasatan-ketua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047923 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list