CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8037|Reply: 0

[Johor] Projek lebarkan Lebuhraya Utara-Selatan mula Jun ini

[Copy link]
Post time 18-2-2024 12:36 PM | Show all posts |Read mode

LEBUHRAYA Utara-Selatan berhampiran Senai Utara. FOTO Google Maps

Pontian: Projek pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong membabitkan Senai Utara ke Sedenak, akan dimulakan Jun ini.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, projek pelebaran Fasa Satu itu membabitkan jarak 21.8 kilometer (km) dan dijangka mengambil masa 36 bulan untuk disiapkan.

"Projek pelebaran Lebuhraya PLUS di Johor daripada empat kepada enam lorong akan dimulakan dari Senai Utara ke Sedenak, mulai Jun ini, bagi fasa pertama.

"Projek dengan jarak 21.8 km itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.



"Kerja pelebaran dari Senai Utara ke Sedenak ini agak mencabar berikutan keadaan muka bumi yang berbukit dan curam, ia akan jadi tumpuan utama.

"Pada awal 2025 akan dimulakan projek pelebaran Fasa Dua daripada Sedenak ke Machap dan ketika ini sedang dipertimbangkan pelebaran sehingga ke kawasan Ayer Hitam dengan jarak 17.3 km," katanya selepas merasmikan program khatan beramai-ramai Gerbang Remaja di Kompleks Penghulu Sungai Pinggan, Benut, hari ini.


HASNI menyiram air peserta program khatan beramai-ramai Gerbang Remaja. FOTO Farid Noh

Pada 12 Oktober lalu, Kerajaan dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan projek pelebaran Lebuhraya PLUS daripada empat kepada enam lorong dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam, Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 dilaporkan berkata, projek pelebaran Lebuhraya PLUS membabitkan kawasan Johor itu akan dibangunkan dengan kos peruntukan RM931 juta.

Setakat ini, laluan enam hingga lapan lorong di Lebuhraya PLUS dari Kuala Lumpur ke selatan hanya berakhir di Melaka.

Ia bermakna hampir keseluruhan jajaran lebuhraya berkenaan di Johor hanya mempunyai empat lorong,menyebabkan kesesakan di kawasan berkenaan pada waktu puncak musim perayaan dan cuti persekolahan selain sering dilaporkan berlaku kemalangan maut.

Dalam pada itu, Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berharap, projek pelebaran Lebuhraya Plus di kawasan Johor itu diberi keutamaan dan berjalan lancar supaya tidak berlaku kelewatan daripada jadual.

Katanya, LLM turut akan memberi keutamaan kepada pengurusan pelan trafik di kawasan pelebaran dilaksanakan berikutan jangkaan kesesakan berlaku.

"Pengurusan pelan trafik di kawasan pelebaran jalan sedang diperhalusi termasuk contohnya kenderaan berat yang menggunakan lebuhraya akan dijadualkan perjalanan mereka.

"Mungkin juga sebahagian kenderaan berat akan dialihkan menggunakan jalan Persekutuan, namun ia masih diteliti dan dibincangkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elatan-mula-jun-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046244 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list