CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8350|Reply: 0

[Johor] 181 individu ditahan dalam Op Limau di Johor

[Copy link]
Post time 19-2-2024 05:25 PM | Show all posts |Read mode

M Kumar, gambar fail. FOTO Bernama

Johor Bahru: Polis menahan 181 individu dalam Op Limau yang dijalankan di negeri ini bermula 5 hingga 15 Februari lepas sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, 136 lelaki dan 37 wanita tempatan serta lima lelaki dan tiga wanita warga asing kesemuanya berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun itu ditahan menerusi 23 serbuan.

Beliau berkata, operasi terbabit bertujuan mengekang aktiviti perjudian yang dianjurkan oleh individu dan sindiket yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan khas sempena Tahun Baharu Cina.

"Perjudian yang lazimnya dikategorikan sebagai judi dalam dan luar bangunan ini merujuk kepada permainan judi tradisional dan judi yang telah diubah suai daripada tradisional kepada perkembangan semasa seperti 'pai kaw', 'cho tai tee', daun terup, labi, 'see kee pee', poker dan lain-lain perjudian yang disenaraikan di dalam jadual pertama Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.


"Dalam operasi itu kita turut merampas pelbagai peralatan perjudian serta wang tunai berjumlah RM 162,533.50," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kumar, kesemua yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 6 (1) dan Seksyen 7 (2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-op-limau-di-johor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.088902 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list