View: 8528|Reply: 0
|
Jota, Jones lupakan aksi Chelsea
[Copy link]
|
|
Diogo Jota terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan lutut ketika menentang Brentford Sabtu lalu. – Foto premierleague.com
LONDON: Krisis kecederaan Liverpool semakin memuncak dengan Diogo Jota dan Curtis Jones terpaksa diketepikan bagi perlawanan akhir Piala Liga menentang Chelsea hujung minggu ini.
Ujian imbasan mengesahkan kedua-dua pemain itu perlu berehat dan tidak boleh bermain pada final di Wembley, ketika Liverpool turut turun tanpa Trent Alexander-Arnold.
Pemain tengah Dominik Szoboszlai dan penjaga gol utama Alisson turut memeningkan lagi kepala Jurgen Klopp kerana mereka mengalami masalah hamstring.
Jota dan Jones dikeluarkan pada babak pertama ketika menang 4-1 di Brentford Sabtu lalu susulan kecederaan lutut dan buku lali.
Liverpool akan menunggu keputusan ujian lanjut untuk mengetahui tempoh pemulihan mereka tetapi ada kebimbangan Jota berdepan kemungkinan diketepikan selama dua bulan kerana kecederaan lutut dialaminya.
Alexander-Arnold tidak boleh turun menentang Chelsea kerana kecederaan ligamen lututnya bertambah buruk manakala penjaga gol Alisson mengalami masalah hamstring ketika latihan Jumaat lalu.
Penyerang Darwin Nunez menambah kebimbangan Liverpool apabila merungut mengenai isu otot yang menyebabkannya digantikan pada babak pertama di Brentford.
Thiago Alcantara, Stefan Bajcetic, Joel Matip dan Ben Doak turut berehat susulan kecederaan jangka panjang.
Klopp pula berdepan beberapa perlawanan sukar tanpa beberapa tonggak utamanya, menyedari keciciran mata bermakna Arsenal dan Manchester City mampu mengejar mereka dalam perebutan kejuaraan. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... upakan-aksi-chelsea |
|
|
|
|
|
|
| |
|