CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4847|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Ibu, dua anak perempuan ditemui mati di Lenggeng

[Copy link]
Post time 20-2-2024 03:47 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang wanita dan dua kanak-kanak perempuan ditemui mati di sebuah taman perumahan di Lenggeng, di sini, dalam kejadian yang berlaku malam semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pada pukul 9.25 malam semalam, pihak Balai Polis Lenggeng telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat seorang perempuan dewasa dan dua orang kanak-kanak ditemui mati di sebuah taman perumahan.


LOKASI kejadian seorang wanita dan dua anaknya ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah di Lenggeng, Seremban, semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati si mati merupakan seorang wanita berumur 34 tahun dan dua kanak-kanak perempuan yang juga anaknya berusia tiga hingga enam tahun.

“Turut ditemui di tempat kejadian adalah nota tulisan si mati yang menyatakan mahu membunuh diri kerana masalah rumah tangga yang dialami,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, lebih kurang pukul 1 pagi tadi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah membuat tangkapan ke atas suami wanita terbabit.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Permohonan reman telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pada pagi tadi dan reman dibenarkan selama empat hari sehingga 23 Februari ini.

“Mayat ketiga-tiga si mati telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu sisatan dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... i-mati-di-lenggeng/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.251631 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list