CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3342|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Enam pendaki sesat di Gunung Angsi

[Copy link]
Post time 21-2-2024 08:49 AM | Show all posts |Read mode

Pasukan penyelamat kini melaksanakan SAR di Gunung Angsi bagi mencari enam pendaki yang dikhuatiri sesat setelah gagal turun, hari ini. - IHSAN BOMBA

KUALA PILAH – Enam pendaki dikhuatiri sesat selepas gagal turun ke kaki gunung ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Angsi, di sini, hari ini.

Ketua Zon 3 Negeri Sembilan, Penguasa Bomba (PgB) Yusry Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima makluman kejadian tersebut daripada pihak polis pada pukul 7.31 malam tadi.

Menurut beliau, pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Menanti tiba di lokasi kejadian 10 minit selepas aduan diterima dan mendapati terdapat dua buah kenderaan iaitu Perodua Axia dan Bezza diparkir di kaki gunung berkenaan.

“Kesemua mangsa iaitu empat wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 28 tahun hingga 42 tahun didapati telah mendaftar terlebih dahulu di pondok pejabat hutan.

“Bagaimanapun, sehingga lewat petang, kesemuanya yang dipercayai dari Selangor masih belum mendaftar keluar dari gunung berkenaan.

“Pasukan penyelamat antaranya terdiri daripada bomba dan polis telah operasi mencari dan menyelamat (SAR) hingga ke puncak, namun tidak terdapat sebarang jejak mangsa di sana,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Yusry berkata, pencarian akan diteruskan malam ini dengan pecahan ke tiga lokasi yang dijangka mangsa akan turun iaitu di Ulu Bendul, Kampung Jkin keduanya di Kuala Pilah dan di Taman Tuanku Jaafar (TTJ) di Seremban.

Difahamkan, sehingga kini kesemua mangsa tidak dapat dihubungi melalui talian telefon. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... at-di-gunung-angsi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.270139 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list