View: 5487|Reply: 1
|
Gambar sedang bermuram jadi bahan jenaka, Adele tak suka jadi terkenal
[Copy link]
|
|
Meme Adele yang tersebar sebelum ini.
PENYANYI Adele mendedahkan dia sebenarnya tidak suka menjadi seorang bintang terkenal.
Adele, 35, meluahkan perkara itu selepas salah satu fotonya dalam keadaan muram dijadikan bahan jenaka yang disebarkan dalam bentuk meme di media sosial.
Menjelaskan ekspresi wajahnya dalam foto berkenaan, Adele memberitahu gambar berkenaan tidak menceritakan perasaan sebenarnya selain ia dirakam secara rawak.
Adele luah rasa kecewa terhadap gambar yang disebarkan.
"Saya tahu bunyinya tak masuk akal tapi saya memang tak suka menjadi terkenal!
"Gambar itu diambil ketika saya duduk di tepi gelanggang bola keranjang dan teman lelaki saya berada di bilik bersama pemain lain.
"Walaupun saya kelihatan keseorangan, saya okey sahaja," jelasnya.
Adele berkongsi mengenai perkara itu semasa konsert Weekend With Adele yang diadakan pada Ahad.
Dalam pada itu, Adele turut menyangkal dakwaan mengatakan dia melakukan suntikan pada bahagian bibir.
Katanya, dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan atau prosedur kosmetik bagi mengubah penampilannya.
"Saya mempunyai bibir yang besar secara semula jadi. Saya tidak perlukan suntikan," ujarnya.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... -suka-jadi-terkenal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sejak dia kurus sikit ni agak terganggu tgk bibir dia
tak tau knp |
|
|
|
|
|
|
| |
|