CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10067|Reply: 12

Madonna Jatuh 'Tergolek' Ketika Persembahan

[Copy link]
Post time 20-2-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode




Tular di media sosial, video memaparkan penyanyi Pop legenda dunia, Madonna terjatuh dari kerusi ketika sedang diheret oleh penarinya, kelmarin.


Insiden itu berlaku ketika sedang mempersembahkan lagu hitnya, Open Your Heart di Seattle sempena siri jelajah, Celebration Tour.


Persembahan diinspirasikan daripada video muzik yang yang popular pada 1986 itu, namun, insiden berlaku selepas penari lelaki berkasut tumit tinggi itu terpelecok dan kedua-dua mereka jatuh tersembam di lantai pentas.


Madonna bagaimanapun, mengawal keadaan dengan sangat profesional dan terus melantunkan bait-bait lirik dalam lagu itu tanpa sebarang masalah sementara penarinya terus mengalihkan kerusi itu.


Rata-rata, netizen memberikan pelbagai reaksi bercampur baur atas kejadian itu.


"Itu sebabnya dia digelar Ratu!" tulis satu netizen di X.


"Mungkin lelaki tak patut pakai kasut tumit tinggi," tulis satu netizen di Instagram.


"Nenek perlu bersara," tulis satu lagi netizen.





Dalam komen lain, ramai juga netizen yang melihat nyanyiannya tidak terjejas kerana dia hanya 'miming' atau bergerak suara ketika mempersembahkan lagu itu.


Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Huduhnya laki pakai skirt paras bontot
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 04:07 PM | Show all posts
fonen ke yang tarik tu..mati la kena maki lepas show..silap2 kena buang terus
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek2 x boleh sebarangan jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Habislah si fenfonen yg mengakibatkan onyang Donna jatuh, bakal dipecat
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2024 10:21 PM | Show all posts
kecelakaan tidak mengira tempat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2024 09:40 AM | Show all posts

Terjatuh dari kerusi diseret penari, netizen minta Madonna bersara


Madonna terjatuh dari kerusi sewaktu menyanyikan lagu Open Your Heart.

PENYANYI terkenal Madonna terpaksa menahan malu apabila terjatuh daripada kerusi yang diseret salah seorang penari latarnya.

Madonna, 65, terjatuh di hadapan puluhan ribu penonton semasa mengadakan konsert jelajah Celebration di Seattle's Climate Pledge Arena, Amerika Syarikat.

Pemenang anugerah Grammy itu sepatutnya diseret ke bahagian utama pentas namun kasut tumit tinggi dipakai Madonna menyebabkan dia tergelincir sebelum terjatuh.



Walaupun terjatuh, Madonna tetap meneruskan persembahannya.

Aksi itu adalah sebahagian daripada koreografi untuk lagu Open Your Heart.

Terdiam seketika selepas jatuh, Madonna kemudiannya dilihat memusingkan badan ke arah penonton sebelum tertawa kecil dan cuba meneruskan persembahan.

Bagaimanapun kejadian itu membuatkan Madonna terlupas lirik lagu berkenaan sebelum kembali berdiri dan menghabiskan lagu tersebut.


Rakaman kejadian itu sempat dirakam peminat yang memuat naik insiden itu di TikTok dan mendapat jutaan tontonan.

Ramai bimbang dengan keadaan penyanyi lagu Vogue itu memandangkan usianya sudah lanjut namun ada juga menyifatkan Madonna sebagai profesional.

"Dia seorang profesional. Jelas kejadian itu tidak membuatkan dia patah semangat dan meneruskan persembahan seperti biasa.



Madonna masih aktif menyanyi meskipun sudah berusia 65 tahun.

"Ada sebab mengapa dia digelar ratu dunia muzik," komen peminat.

Bagaimanapun ada pula meminta Madonna agar bersara sebagai penghibur dan kejadian itu membuktikan staminanya sudah tidak seperti zaman kegemilangannya.

Pada Jun tahun lalu, Madonna ditidurkan bagi membantunya melawan jangkitan kuman dihadapinya.

Disebabkan perkara itu, penyanyi itu menangguhkan semua konsert jelajahnya sepanjang tahun lalu.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... nta-madonna-bersara
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 11:30 AM | Show all posts
aaa nenek jatuh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2024 01:24 PM | Show all posts
Opah buruknya jatuh huhu. Kaki kanan dancer tu tergelincir , tak slamat la choreo gini. Tukar le .
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:47 PM | Show all posts
Ai suka lagu nekdonna tp umur2 mcm nih dah boleh rileks2 manjakan body, org tua kalau cedera ke patah tulang ke ambik masa nak sembuh katanyeehh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 03:41 PM | Show all posts
Acik Madona taknak buat konsert kt sinikah?
Mesti penuh ngan peminat Aina Abdul.. ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
hati2 nek kang patah pulak tulang tu haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 04:35 PM | Show all posts
kena buat choreo yg lebih selamat ler. bak kata doktor pakar ortho aku, patah tgn ok lg boleh simen, patah hips, kena operate weh. jd, kena hati2 ler jgn smpai patah pinggul tu ha. arwah nenek aku pun sbb jatuh, patah hips ni, wlu dah buat hips replacement, lps tu dislocated lg, lps sakit teruk tu beliau meninggal. i miss you grandma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.068271 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list