CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6125|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pemandu lori dipukul 30 individu trauma, bimbang keselamatan diancam

[Copy link]
Post time 21-2-2024 10:21 AM | Show all posts |Read mode

Chit Keong menunjukkan laporan polis dibuat supaya polis segera ambil tindakan terhadap indvidu yang memukulnya pada malam Sabtu lalu.

DENGKIL – Seorang pemandu lori yang cedera dibelasah 30 individu di Kampung Baru Dengkil Sabtu lalu mahu polis mengambil tindakan segera terhadap individu yang memukulnya.

Mangsa, Teo Chit Keong, 44, ketika ditemui berkata, ketika kejadian, dia bukan sahaja dipukul, malah turut diugut bunuh dengan senapang.

Katanya, walaupun sudah keluar dari lokap polis petang Isnin lalu, dia mengakui trauma dan bimbang akan diganggu lagi oleh individu berkenaan.

“Saya tinggal berdekatan dengan rumah individu berkenaan. Justeru, saya mahu polis segera mengambil tindakan bagi memastikan keselamatan saya sekeluarga terjamin,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.

Katanya, dia juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memukulnya itu.

Dalam kejadian pada malam Sabtu lalu, mangsa dipukul 30 individu hanya kerana menegur kenderaan jirannya yang menghalang laluan keluar rumah sehingga mengalami cedera di kepala, hidung dan lebam di muka. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... eselamatan-diancam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.056406 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list