CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5756|Reply: 0

[Johor] Perhilitan Johor tangkap, pindah dua gajah

[Copy link]
Post time 21-2-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode

Dua ekor gajah liar yang dipindahkan.FOTO FACEBOOK AH SOON

Johor Bahru: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap dua gajah jantan, yang dipercayai bertindak merosakkan kawasan tanaman pertanian berdekatan sebuah kilang jubin di Jalan Kluang-Renggam dekat Kluang, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, usaha bagi menangkap gajah dewasa itu dilakukan sejak dua minggu lepas menerusi Ops Translokasi gajah Liar.

"Gajah ini merosakkan tanaman pertanian di kawasan berdekatan kilang jubin, di mana kawasan itu terletak di laluan penghijrahan gajah ini.

"Proses pemindahan gajah memang tidak mudah, selepas dua minggu 'berkampung', Perhilitan mengadakan operasi penangkapan. Akhirnya dua ekor gajah jantan dewasa berkenaan berjaya ditangkap dan dipindahkan ke kawasan Taman Negara," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, berdasarkan statistik Jabatan Perhilitan Johor, terdapat kira-kira sehingga 150 ekor gajah di seluruh negeri itu terutama di sekitar daerah Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing, sekali gus berharap ia dapat ditempatkan di Pusat Perlindungan Gajah seluas 73 ekar (29.2 hektar) di Kota Tinggi.

Sementara itu, Ling berkata, Perhilitan Johor menerima lebih 1,500 aduan berhubung gangguan haiwan liar pada setiap tahun sejak 2020 sehingga tahun lepas, dengan kebanyakannya berkaitan gangguan monyet liar, diikuti babi hutan dan gajah.

Perhilitan Johor katanya, hanya mempunyai kira-kira 110 pegawai dari pelbagai peringkat setakat ini, yang bertanggungjawab untuk pentadbiran, melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, perlindungan, dan penangkapan haiwan.

Bagi gajah, Perhilitan mempunyai pasukan khas yang terlatih untuk mengusir dan menangkap haiwan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ap-pindah-dua-gajah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.067459 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list