CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4883|Reply: 0

[Johor] Lebih 1,500 aduan gangguan haiwan liar setiap tahun di Johor

[Copy link]
Post time 21-2-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode


LING Tian Soon (dua kanan) bergambar berlatarbelakangkan seekor gajah liar ketika mengikuti operasi memindahkan haiwan berkenaan di Kluang, Johor.

JOHOR BAHRU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor telah menerima lebih daripada 1,500 aduan setiap tahun sejak 2020 hingga 2023 berhubung gangguan haiwan liar di kawasan penempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, 65 peratus daripadanya melibatkan gangguan monyet liar, diikuti gangguan babi hutan (11 peratus) dan gangguan gajah (10 peratus).

Menurut beliau, Jabatan Perhilitan Johor telah menubuhkan pasukan khas untuk menangani aduan berkaitan gangguan gajah liar.

“Jabatan Perhilitan Johor ketika ini mempunyai kira-kira 110 pegawai daripada pelbagai peringkat yang bertanggungjawab untuk pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang, perlindungan, dan penangkapan haiwan.

“Menurut statistik Jabatan Perhilitan Johor kini, terdapat kira-kira 120 hingga 150 ekor gajah di seluruh negeri ini terutamanya di sekitar Kota Tinggi, Kluang, Segamat dan Mersing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Tian Soon, Jabatan Perhilitan Johor juga telah membina Pusat Perlindungan Gajah seluas kira-kira 29.5 hektar di Kota Tinggi bertujuan menempatkan beberapa gajah di pusat berkenaan.

Terdahulu, beliau turut terlibat dalam Ops Translokasi yang diadakan bagi memindahkan dua ekor gajah ke kawasan Taman Negara selepas menerima aduan kehadiran haiwan liar itu di Jalan Kluang – Renggam, Kluang. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... iap-tahun-di-johor/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.087820 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list