View: 6990|Reply: 0
|
Pemain Harimau Malaya jangan seronok sangat bercuti
[Copy link]
|
|
Bekas pemain kebangsaan yang juga bekas jurulatih Harimau Malaya, Wan Jamak Wan Hassan
Kuala Lumpur Barisan pemain skuad Harimau Malaya yang masih bercuti diingatkan agar meletakkan disiplin diri di tahap tertinggi ketika tempoh aksi menentang Oman dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 hanya berbaki kira-kira sebulan lagi.
Dengan tanpa latihan kompetitif selepas berakhirnya kempen Piala Asia di Qatar 25 Januari lalu, rata-rata anak didik Kim Pan-gon masih lagi bercuti, malah ada juga yang belum menjalani latihan bersama kelab masing-masing.
Situasi itu pastinya mengundang kebimbangan dan persoalan tentang tahap kecergasan pemain yang mungkin merosot selepas tidak menjalani latihan kompetitif dalam waktu yang agak panjang.
Bekas pemain kebangsaan yang juga bekas jurulatih Harimau Malaya, Wan Jamak Wan Hassan berkata, pemain negara harus meletakkan tahap profesionalisme di kedudukan tertinggi dengan membuat latihan sendiri secara konsisten.
Malah katanya, pengambilan makanan juga perlu dipantau dengan pemain diingatkan mengambil makanan yang sesuai dengan diet sebagai seorang atlet yang bertanding di tahap tertinggi.
"Semua pemain adalah pemain profesional dan mereka seharusnya tahu bagaimana untuk mengawal diri terutamanya dalam pengambilan makanan.
"Bila bercuti memang mereka akan berehat sebaiknya, namun pemain tidak boleh mengambil makanan yang boleh memberi kesan kepada tahap kecergasan mereka.
"Saya percaya pemain sudah cukup profesional dan tahu untuk menjaga diri. Begitu juga dengan latihan, walaupun sedang bercuti tetapi pemain kena kekalkan kecergasan dengan sebaiknya," katanya kepada Arena Metro.
Ujarnya lagi, beliau yakin barisan kejurulatihan Pan-gon pastinya sudah membekalkan jadual latihan yang perlu dilakukan pemain sebelum dipanggil semula ke kem latihan bulan depan.
"Mungkin jurulatih tahu mengenai hal ini dan sudah ada jadual atau rutin latihan yang perlu diikuti pemain ketika berehat ini.
"Malah saya fikir, jurulatih juga tahu bilakah waktu puncak yang pemainnya boleh capai sebelum turun beraksi dengan Oman nanti.
"Bagi saya ia berbalik kepada pemain itu sendiri, jika kita mahu bermain di Piala Dunia jadi pemain perlu meletakkan tahap disiplin tinggi kerana bukan mudah untuk mencapai tahap setinggi itu," katanya.
Selepas berakhirnya kempen Piala Asia, fokus pemain negara kini beralih ke pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di mana Malaysia akan turun menentang Oman secara timbal balik pada 22 dan 26 Mac ini, di Muscat dan Bukit Jalil.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... onok-sangat-bercuti |
|
|
|
|
|
|
| |
|