CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4409|Reply: 0

Kepimpinan Mes Pegawai Kanan PDRM perlu cakna

[Copy link]
Post time 21-2-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode

AYOB Khan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Kepimpinan Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu cakna dengan keperluan semasa dan tuntutan pencarum menerusi pelan serta hala tuju yang jelas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, beliau tidak dapat dinafikan penugasan anggota ketika ini semakin mencabar sekali gus menguji kekuatan mental, fizikal serta emosi warga PDRM.

Menurutnya, perkara ini perlu dikaji dengan teliti sekali gus Ahli Jawatankuasa (AJK) Mes Pegawai Kanan PDRM boleh memainkan peranan masing-masing dalam mendepani isu ini.

"Perancangan aktiviti serta pelan menaik taraf fasiliti Mes (Pegawai Kanan PDRM) hendaklah dipergiatkan secara agresif.



"Inisiatif baharu dalam memupuk keyakinan ahli menerusi konsep sistem barter atau timbal balik juga perlu disegerakan di mana caruman membawa faedah kepada ahli dan dalam masa sama mereka mendapat keistimewaan yang sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Mes Pegawai Kanan PDRM Ke-47, di sini, hari ini.

Ayob berkata, penambahbaikan yang dilakukan membolehkan Mes Pegawai Kanan PDRM mampu menjadi destinasi pilihan bagi aktiviti sosial bersama keluarga dan rakan taulan.

Menurutnya, meskipun terikat dengan tugas hakiki, beliau berharap semua AJK dapat memberikan komitmen terbaik bagi memacu kecemerlangan.

"Kebolehan 'multitasking' (pelbagai) kita akan menambahkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-pdrm-perlu-cakna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045709 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list