CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7789|Reply: 41

[Tempatan] Warga asing liat bayar bil hospital, cecah RM100 juta

  [Copy link]
Post time 22-2-2024 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 22-2-2024 08:29 AM

KUALA LUMPUR: Bermodalkan alasan 'janji akan bayar', ramai warga asing terutama pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal melangsaikan tunggakan bil perubatan di klinik serta hospital kerajaan sehingga menelan ratusan juta ringgit.

Ini termasuk kos bagi rawatan bersalin, kecemasan, pemeriksaan pesakit luar serta pengambilan ubat, sama seperti yang dinikmati rakyat tempatan yang lain.

Selain memberikan pelbagai helah, ada segelintir warga asing yang terus 'lesap' selepas mendapatkan rawatan sehingga Kementerian Kesihatan (KKM) berputih mata apabila perlu menanggung kerugian, termasuk terpaksa melupus hutang angkara sikap warga asing terbabit.

Sumber KKM memberitahu BH, angka terbaru menunjukkan sehingga akhir 2023, jumlah tunggakan membabitkan bil rawatan warga asing mencecah kira-kira RM100 juta.

"Bila sebut warga asing, ia termasuk mereka berstatus pelarian, sama ada berdaftar atau tidak berdaftar serta pendatang asing tanpa izin yang mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan awam.

"Rawatan terpaksa diberikan kepada warga asing atas dasar hak asasi manusia dan simpati, walaupun status mereka dicurigai atau mereka ini PATI sekali pun.

"Meskipun mereka sudah mendaftar dengan kita dan ada membayar deposit terlebih dahulu, akhirnya mereka lolos juga kerana enggan membayar tunggakan bil rawatan yang mungkin melebihi jangkaan mereka.

"Antara alasan yang sering gunakan adalah tiada duit, janji nak bayar kemudian dan ada juga hilang begitu sahaja," kata sumber kepada BH.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, ketika dihubungi mengesahkan jumlah tunggakan itu dan berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan.

Ketika ini, beliau berkata pihak pengurusan dan teknikal KKM sedang mengadakan perbincangan mengenai isu berkenaan.
Difahamkan, warga asing yang 'berhutang' dengan hospital kerajaan dalam bentuk bil perubatan membabitkan 38 negara sejak beberapa tahun lalu.

Selain negara rantau Asia seperti India, Myanmar dan Indonesia, terdapat juga warga asing terbabit dari negara maju seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Jerman, Finland, Singapura, Sweden dan Jepun.

Mengikut laporan pada 2017, warga asing yang berhutang dengan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sahaja mencecah RM7.87 juta dalam bentuk bil perubatan berbanding RM3 juta tahun sebelumnya.

Sementara itu, beberapa kakitangan hospital kerajaan yang ditemui BH mengakui isu warga asing culas membayar tunggakan bil rawatan berlaku di semua hospital dan fasiliti di bawah KKM.

Mereka memaklumkan, isu berkenaan sudah lama berlaku dan sampai sekarang, tiada penyelesaian tuntas diambil pihak hospital khususnya KKM.

Sikap mudah simpati

Difahamkan, sikap mudah simpati dan terlalu bertoleransi pentadbir hospital antara punca segelintir warga asing dilihat begitu senang mengambil kesempatan.

Ia diburukkan lagi dengan dakwaan terdapat kelompongan sistem rekod serta pengesanan pesakit warga asing di hospital kerajaaan, membuatkan warga asing dilihat mudah melepaskan diri daripada membayar tunggakan bil perubatan.

Ia dibuktikan dengan kenyataan Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dalam laporan 15 April 2017, yang mendedahkan kementerian pada waktu itu tidak menyimpan maklumat pesakit warga asing berdasarkan kewarganegaraan mereka.

Terdapat satu kes membabitkan seorang warga UK yang ditimpa kemalangan jalan raya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerajaan di Lembah Klang untuk mendapatkan rawatan.

Selepas dibenarkan keluar wad, pelancong asing itu mendakwa tiada wang untuk melangsaikan tunggakan bil rawatan berjumlah lebih RM20,000 sambil berjanji akan berbuat demikian apabila pulang ke negaranya.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
X ke bodoh tanggung warga asing yg merugikan negara. Dah tahu warga asing membebankan negara dlm bnyk perkara lagi ko mau simpan mereka. Dasar kerajaan bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:00 AM | Show all posts
benda mudah mcm ni pun susah nak selesaikan
apa guna lantik diorang jadi menteri
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
aku dh kata yg xde permit tangkap hantar balik. yg ada permit suruh majikan bayar. sapa simpan pati tangkap n denda. x boleh byr baru penjara. apa lemah sngtlah. dr dulu isu ni x selesai. BN ke PH ke PN ke Perpaduan .
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:05 AM | Show all posts
stail gomen....hantar surat claim kat kedutaan, mana kedutaan nak layan
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Pati beranak free kat spital gomen. Rakyat sendiri kena bayar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2024 09:14 AM | Show all posts
nak xnk mmg kerajaan terpaksa bantu mereka kan,
xde istilah pun liat bayar atau kena tipu pun,
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:17 AM | Show all posts
itik_magic replied at 22-2-2024 09:04 AM
aku dh kata yg xde permit tangkap hantar balik. yg ada permit suruh majikan bayar. sapa simpan pati  ...

nk hantar balik byk makan kos,nak penjara pun dah penuh,
kalau rohingya mmg xleh hantar balik xleh bg penjara,
kesudahnya perubatan percuma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya kerajaan ni.... Aku tak tau nak cakap la.
Dah la makin ramai pendatang asing... Makin banyak lah kena tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu pasal Pati suka dtg Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:44 AM | Show all posts
wahhh untung byk puak2 pati celaka nie

blh eh yg pelancong tu korang dgr ckp dia..mcm pnjm duit ngan member plk..nnti aku byr..haa mcm tu

lain kali cas deposit tu berganda biard dorang xleh dpt rwtn..baik sgt kn
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:51 AM | Show all posts
Menyusahkan orang je keje dorang ni, dah lah dapat gaji semua hantar kampung.. Masuk hospital tak bayar.. Naik bas free.. Mana nak datang untung nya bawak dorang ni? Macam makin rugi adalah.. Boleh tak hantar separuh balik negara asal? Yg tak mendatangkan hasil ni.. Yg masuk secara elok, bekerja elok-elok, perangai elok biar kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
AnBulisia replied at 22-2-2024 09:00 AM
benda mudah mcm ni pun susah nak selesaikan
apa guna lantik diorang jadi menteri

Relak ahhh… Jana Wibawa berapa ratus dicekau..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:11 AM | Show all posts
patut buat 1 undang2, warga asing yg tak boleh bayar caj perubatan, harta benda boleh dirampas....

kalau yang PATI pulak, akan didenda sebagai tenaga kerja..pastu paksa la buat apa2, potong rumput tepi jalan ke, kutip sampah ke...... tamat tempoh hukuman denda, campak balik ke negara dorang..



tapi tu laa susah nak buat, warga asing & PATI ni lubuk duit orang politik, kakitangan kerajaan terutama badan beruniform.. mana mau nya dorang buat polisi yg merugikan dorang
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Warga uk melancong ke sini pun tarak duit..siap hutang bil hospital
Warga kita sampai minta sumbangan, selagi tk cukup tk boleh keluar hospital.
Agak² bodoh tk gomen kita banding dgn gomen negara² lain even negara yindia yg teruk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:22 AM | Show all posts
alah.. yang mengata gomen bodoh tu, bila gomen bertindak tegas, kau jugak kata kesian takde perikemanusiaan dengan si polan boleh la dengan si polin tak berani bla bla bla..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
itik_magic replied at 22-2-2024 09:04 AM
aku dh kata yg xde permit tangkap hantar balik. yg ada permit suruh majikan bayar. sapa simpan pati  ...

Buat rugi je kan byk mp...tp masalah gini merugika  negara takmo bawak ke depan...bermcm kementerian masalah tak selesai...umpama pati2 ni mendapat pelbagai perlindungan plak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:28 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 22-2-2024 10:22 AM
alah.. yang mengata gomen bodoh tu, bila gomen bertindak tegas, kau jugak kata kesian takde perikema ...

meols setuju
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:31 AM | Show all posts
monyetjaan ni bodoh piang ke hape?sebelum bagio dorang katil korang henyak daaa duit dorang dulu..bodoh tu pun nk kena ajar..even negara yindia aku tengok kat citer tamil siap soh family pesakit beli ubat dekat luar x nak bagi spital rugi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 22-2-2024 09:11 AM
Pati beranak free kat spital gomen. Rakyat sendiri kena bayar.

Busuk busuk bijan pun, rakyat kita sendiri kheunz?

Bukan dipotong pun dari gaji kita hasil rompakan 1mjubo kheun, zamzam?

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate credit pada forumer lain berkuatkuasa hari ini
admin6PENGUMUMAN!!! Forumer boleh rate/donate
Views : 9848 Replies : 98
Padu, persembahan Celine Dion di Olympics
maklukpenggodaPadu, persembahan Celine Dion di Olympic
Views : 31577 Replies : 16
Guru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah team bola sepak
mojarean_XGuru lelaki Pendidikan Jasmani ditahan l
Views : 19816 Replies : 2
SUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku seterika telor kau'
maklukpenggodaSUHAKAM dimaki netizen, 'Meh aku set
Views : 21572 Replies : 73
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 22701 Replies : 473
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 93503 Replies : 1265
Kamala pecah rekod
maklukpenggodaKamala pecah rekod
Views : 32472 Replies : 24
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12779 Replies : 98
Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, peguam desak bank bertanggungjawab, khuatir wujud unsur scam
ultra78Pinjaman ASB terbatal tanpa sebab, pegua
Views : 13947 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 121239 Replies : 1642

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.073635 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list