CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4948|Reply: 3

[Dunia] Satelit ERS-2 terhempas ke Bumi

[Copy link]
Post time 22-2-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode


PARIS – Sebuah satelit milik Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) terhempas ke Bumi setelah berada di orbit selama hampir 30 tahun, lapor agensi berita United Press International (UPI).

ESA memaklumkan satelit ERS-2 memasuki atmosfera Bumi di kawasan utara Lautan Pasifik sekitar pukul 2.17 petang (waktu tempatan) atau 3.17 pagi (waktu Malaysia).

ESA sebelum itu meramalkan bahawa satelit tersebut akan terhempas di lokasi tidak ditetapkan di Lautan Pasifik sekitar pukul 10.41 pagi (waktu tempatan) atau 11.41 malam (waktu Malaysia).

Penyelidik ESA tidak dapat menganggarkan sisa satelit ERS-2 yang tinggal kerana ia akan terbakar di atmosfera, manakala selebihnya dijangka hilang di lautan.

Pada Isnin lalu, ESA berkongsi imej yang dirakam oleh Agensi Angkasa Lepas Britain dan syarikat HEO Robotics yang menunjukkan ERS-2 sedang menuju ke arah Bumi.

Operasi ERS-2 dihentikan pada 2011 dan ia menuju ke Bumi sejak itu. Satelit tersebut dilancarkan pada 1995, empat tahun selepas satelit ERS-1 dilancarkan untuk memerhati dan menjejaki perubahan dalam planet. – AGENSI


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2024 10:56 AM | Show all posts
dah smp pagi td ke..? ada bangkai besar atau serpihan2 je?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sampah angkasa.. dekat marikh pun banyak sampah dari bumi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 22-2-2024 11:08 AM
sampah angkasa.. dekat marikh pun banyak sampah dari bumi

arp prc tak berak kt marikh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.103445 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list