CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5824|Reply: 0

Mohd Kamarudin Pengarah KDNKA Bukit Aman baharu

[Copy link]
Post time 22-2-2024 04:58 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 25 Mac ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali, yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) pada 31 Januari lalu.

Disamping pertukaran jawatan Mohd Kamarudin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini turut mengumumkan pertukaran jawatan membabitkan 44 lagi pegawai kanannya.

Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad, berkata kekosongan jawatan Mohd Kamarudin sebagai Pengarah JSJN Bukit Aman akan diisi oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.



Menurutnya, pertukaran lain membabitkan Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/ Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (Gerakan), JKDNKA Bukit Aman.

"Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa pula dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu dengan memangku pangkat Deputi Komisioner," katanya.

Untuk rekod, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid akan bersara daripada perkhidmatan PDRM pada 1 April ini.

Alzafny berkata pertukaran turut membabitkan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.

"Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang. Penyandang terkini jawatan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang iaitu Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan, JSJ Bukit Aman.

"Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, Senior Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/ Perundangan/Tahanan), JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat deputi komisioner," katanya.

Selain itu, Alzafny berkata Ketua Cawangan Khas Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Hairuddin Che Hamid ditukarkan Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat deputi komisioner.

"Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (D11) Siasatan Seksual Wanita Dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dinaikkan pangkat kepada senior asisten komisioner dengan memegang jawatan sama.

"Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar ditukarkan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Perak dengan memangku pangkat asisten komisioner," katanya.

Alzafny berkata senarai pertukaran turut membabitkan Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Katanya, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad pula dilantik sebagai Ketua JPJKK Terengganu.

Semua arahan pertukaran katanya, akan berkuat kuasa mulai 25 Mac ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-bukit-aman-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.280611 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list