CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6108|Reply: 0

[Johor] 38 PATI tanpa permit sah ditahan di Johor

[Copy link]
Post time 22-2-2024 05:18 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN daripada PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu di beberapa daerah di Johor baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Seramai 38 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi bersepadu di beberapa daerah yang dijalankan pada Isnin dan Selasa lalu.

Pengarah Imigresen negeri, Baharuddin Tahir berkata, kesemua PATI yang ditahan berusia antara 21 hingga 58 tahun ditahan di daerah Muar, Batu Pahat, Mersing dan Segamat.

Beliau berkata, mereka yang ditahan tidak mempunyai pas atau permit sah,tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas ditetapkan.

“Mereka yang ditahan melibatkan lima lelaki Bangladesh, sembilan lelaki dan lapan wanita Indonesia, lima lelaki Pakistan, dua lelaki India serta enam lelaki dan tiga wanita Myanmar.

“Kes disiasat mengikut seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigrsen 1963,” katanya kepada pemberita hari ini.

Baharuddin memberitahu, salah seorang lelaki Bangladesh yang ditahan itu juga disiasat mengikut seksyen 55E kerana membenarkan PATI masuk atau tinggal di dalam premis.

Sementara seorang lagi lelaki Bangladesh disiasat mengikut seksyen 56(1)(i) Akta Imigresen 959/63, manakala seorang lelaki Indonesia disiasat mengikut seksyen 55B(1) akta sama.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... h-ditahan-di-johor/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.163620 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list