CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7625|Reply: 0

Pertukaran 45 pegawai kanan PDRM Mac depan

[Copy link]
Post time 22-2-2024 05:26 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran melibatkan seramai 45 pegawai kanannya berkuat kuasa 25 Mac depan.

Setiausaha PDRM Deputi Komisioner Alzafny Ahmad berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din bakal menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman.

Katanya, jawatan Mohd Kamarudin itu bakal diambil alih Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Haji Hamzah Haji Ahmad dilantik sebagai Timbalan Pengarah JKDNKA (Gerakan) Bukit Aman dengan memangku jawatan Komisioner Polis (CP).

“Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu dengan memangku pangkat CP bagi menggantikan Datuk Allaudeen Abdul Majid yang akan bersara pada 1 April ini.

“Seterusnya, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

“Beliau menggantikan Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, Senior Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/ Perundangan/Tahanan), JSJN Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

“Ketua Cawangan Khas Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Hairuddin Che Hamid ditukarkan Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Penolong Pengarah (D11) Siasatan Seksual Wanita Dan Kanak-Kanak JSJ Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dinaikkan pangkat kepada Senior Asisten Komisioner dengan memegang jawatan sama,” ujarnya.

Menurutnya, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar ditukarkan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP).

“Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Seterusnya, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad pula dilantik sebagai Ketua JPJKK Terengganu.

“Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu dengan memangku jawatan ACP,”jelasnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... nan-pdrm-mac-depan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.050253 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list