CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20085|Reply: 57

[Dunia] Kerajaan Madani mencatatkan pelaburan air liur tertinggi dalam sejarah pada 2023

[Copy link]
Post time 22-2-2024 11:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kemaruk at 24-2-2024 04:09 PM

Malaysia catat jumlah pelaburan diluluskan tertinggi sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 - PM

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anyak-rm3295-bilion

Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM329.5 bilion pada 2023 meningkat 23.0 peratus daripada 2022, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, daripada jumlah itu, pelaburan asing adalah penyumbang utama iaitu sebanyak 57.2 peratus berbanding pelaburan domestik sebanyak 42.8 peratus.

"Prestasi cemerlang ini disokong oleh peningkatan sebanyak 35.1 peratus dalam pelaburan domestik dan sebanyak 15.3 peratus dalam pelaburan asing," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perkara itu dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bil. 2/2024 yang diadakan hari ini.

Perdana Menteri berkata, landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi amat memberangsangkan ini juga mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan Madani.

"Secara tidak langsung, ini petanda bahawa dasar mesra pelaburan dan mesra perniagaan yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh kerajaan telah mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur," kata beliau.

Jumlah pelaburan yang diluluskan tersebut membabitkan 5,101 projek dan berpotensi mewujudkan lebih 127,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat dan negara.

Sektor perkhidmatan merekodkan pelaburan tertinggi menyumbang lebih daripada separuh (51.1 peratus) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan iaitu RM168.4 bilion, diikuti sektor perkilangan sebanyak RM152.0 bilion (46.1 peratus) dan sektor utama sebanyak RM9.1 bilion (2.8 peratus).

Sementara itu, Anwar berkata, mesyuarat juga membincangkan mengenai hala tuju pelaburan digital negara, selaras dengan perkembangan sektor ekonomi digital yang semakin pesat dan antara sektor ekonomi yang penting dalam memperkukuh agenda pelaburan.

Ekonomi digital yang menyumbang sebanyak 23.2 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada 2021, diunjur meningkat kepada 25.5 peratus menjelang 2025.

Bagi tempoh 2021-2023, sebanyak 396 projek berkaitan digital diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM128.9 bilion merangkumi projek diluluskan melalui Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan.

Pelaburan dalam projek digital ini dijangka mewujudkan 36,553 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Anwar berkata, antara pelaburan digital yang diluluskan adalah dalam sektor pusat data, pengkomputeran awan, pengehosan data, analisis data besar dan kecerdasan buatan (AI).

Menurut beliau, kehadiran syarikat digital terkemuka dunia dan peneraju pasaran global di Malaysia juga memberi isyarat penting bahawa negara mempunyai tarikan dan ekosistem pelaburan yang kondusif untuk pelaburan digital.

Justeru, kata beliau, kerajaan perlu memudahcara sebaik mungkin pelaburan digital berpotensi tanpa sebarang kompromi terhadap aspek berkaitan keselamatan data dan kedaulatan negara.


Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 25 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2024 11:45 PM | Show all posts
pelaburan diluluskan = pelaburan atas kertas jah, bermodal air liur

actual FDI untuk tahun 2023 ialah RM39.5 bilion jah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:49 PM | Show all posts
MANAKALA JIBUN IDOLA KO....CUKAI CULAS MAU BAYAR...HUTANG 1MDB SURUH GOMEN BAYOR KAN? MACAI SEMBANG KARI....WALLET TUTUP, TANGAN MULUT JE TERBUKA. POOODAHHHH!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2024 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts

TERUSKAN MEMBACA

Edited by manopBKK at 23-2-2024 12:08 AM



Buat2 lupa ke?






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2024 12:24 AM | Show all posts
dah geram sangat dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 09:04 AM | Show all posts
Dah kenapa cerita pasal FDI tetiba divert topic 1mdb dgn Jebon...??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2024 10:46 AM | Show all posts
pelaburnya dah masuk ke blm...?

ke baru tulis2 jah...?

aku rasa mcm makin teruk ni ha....ke perasaan aku jah...?
huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 23-2-2024 09:04 AM
Dah kenapa cerita pasal FDI tetiba divert topic 1mdb dgn Jebon...??

Biasalah bila x bole jwb kegagalan sendiri jd isu najib yg sudah x relevant tu dimainkan lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 23-2-2024 09:04 AM
Dah kenapa cerita pasal FDI tetiba divert topic 1mdb dgn Jebon...??

Nak bagi tau..pi mai,pi mai tang tu..
Piiiiiiii rah.
Budin flat sri wangi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
I yg bnyk berjslan all over malaysia ni perasan di selangor  aktiviti ekonomi mcm.makin lesu kecuali area hampir dgn kl.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 23-2-2024 12:24 AM
dah geram sangat dah tu


Eleh minik yg menanggung ko....sejak bijan dikajangkheun...apa yg ko pikirkheun?

Tak payah wisau sangat ler kimarkruk....makan je hasil lendir minik ko dulu...tahun depan bijan kuar...ko sara ler pulak minik ko....

Hidup berpasangan nak kena ler give and take kheunz?





Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam 4.80

Tetiba pelaburan air liur keluar

Pertalian tu macam mana?
Tak sempat fikir
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 02:52 PM | Show all posts
contoh terbaik di Sabah..pecah tanah dah buat oleh CM CM terdahulu..satu piling belum pacak sampai sekarang...katanya pelaburan 10 biliong ringgit...rupanya pelaburan air liur ja
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 23-2-2024 02:52 PM
contoh terbaik di Sabah..pecah tanah dah buat oleh CM CM terdahulu..satu piling belum pacak sampai s ...

dorang belum dpt budak..sb tu piling belum pacak lg..tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 23-2-2024 11:58 AM
I yg bnyk berjslan all over malaysia ni perasan di selangor  aktiviti ekonomi mcm.makin lesu kecuali ...

Kau jgn perkecilkzn si tak cukup inci tu....haha
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 23-2-2024 09:04 AM
Dah kenapa cerita pasal FDI tetiba divert topic 1mdb dgn Jebon...??

Tu lah. Najib pun dah dpt discount lagi mau sembang pasal 1mdb. Penat dulu terlolong berguling di jalan raya tp sekarang beria mintak najib diampunkan....haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2024 04:10 PM | Show all posts
Ingatkan elon nak bukak superfactory tesla.. rupanya pusat jualan je.  Lepas tu siap dapat bawak masuk starlink sailang business telco local.  In terms of FDI apa pun tak dapat tapi Janji dapat petik nama elon..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cai panas ka??



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
berita berkaitan..

Kita tidak ambil ‘approved’ investment sebagai penunjuk aras utama — Isham Jalil

"Oleh itu, berapakah prestasi ‘net investment inflow’ dari luar negeri kita pada tahun lepas? Jawapannya: Menjunam -47%, jatuh teruk sebanyak RM35 billion, iaitu daripada RM74.6 billion pada tahun 2022 kepada RM39.5 billion pada tahun 2023."
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila babi comparison dgn 1998 semata2 nak sembang deraih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.132820 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list