CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18490|Reply: 103

Marissa Dania Kembali Berhimpun Bersama Keluarga Tercinta, Tampil Sedondon Hadir Majlis Previu Ramadan

[Copy link]
Post time 23-2-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode






KETIKA khabar angin bernikah di Thailand masih belum terjawab, anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania dilihat kembali berkumpul bersama keluarganya.


Menerusi perkongsian di Instastory isteri Norman, Memey Suhaiza memuat naik momen bahagia keluarga dipercayai sewaktu menghadiri majlis previu bufet Ramadan yang diadakan di sebuah hotel di Selangor.


Norman turut dilihat menyuapkan makanan ke mulut Marissa selain menunjukkan kemesraan yang menggambarkan hubungan mereka sudah kembali jernih.


Malah Marissa juga turut dilihat memeluk erat adik-adiknya bagi melepaskan kerinduan.


Marissa memeluk erat ibu (kanan) dan adik-adiknya (kiri)




Turut kelihatan dalam video tersebut adalah ibunya iaitu Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, bersama suaminya Muhammad Faizal Zakaria serta abang sulung Danish Hakim serta adik perempuan, Marisa Danisha Hakim.


Mereka sekeluarga menggayakan pakaian sedondon rona coklat dan turut merakamkan foto keluarga bersama.


Abby juga dilihat memeluk dan mengucup pipi anaknya itu dalam pertemuaan tersebut.


  



Menerusi tinjauan mStar, Marissa juga kini sudah kembali mengikuti Instagram milik Norman dan Abby di mana sebelum ini dia berhenti mengikut media sosial ibu bapanya.


Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji sikap Norman dan Abby yang disifatkan sebagai contoh ibu bapa terbaik kerana tetap menyayangi anak mereka biarpun diduga dengan ujian hebat.


Malah ramai mendoakan agar keluarga ini sentiasa dirahmati dan terus bersatu walaupun dilanda ujian.


"Mak ayah hebat! Ini contoh paling baik tetap menyayangi anak yang memberi ujian hebat kepada mereka sebab mereka tahu anak amanah Allah.


"Contoh keluarga yang baik. Allah beri ujian tapi masih boleh bersabar. Suka sangat tengok keluarga Abby, Norman dan Memey.


"Masya-Allah, Alhamdulillah keluarga tetap keluarga walau apa pun melanda," tulis netizen.


Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand dengan Ahmad Aslam.


Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.


Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai.


Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.


Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.


Sehingga kini, Marissa atau pun Aslam memilih mendiamkan diri berhubung dakwaan sudah berkahwin.


Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga yebby & yorman muhasabah diri, jgn over sgt dok tayang anak² kt media sosial. Jgn bangga sgt dgn pencapaian anak2.yorman tu ubahlah penampilan ko.dh kertu buat la cara kertu jgn syok sendiri tayang body. Yebby pun jaga mulut tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 10:36 AM | Show all posts


tertarik dgn komen yg ni. sunnah apa dia nampak? mak pak scandal cerai berai, anak pun sama scandal smpai check in. pastu sunnah?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 10:38 AM | Show all posts
Memey paling tampak gembira serta bahagia disitu.. Ibarat ko ngata aku anak ko pun sama, flip the tudung!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 23-2-2024 10:36 AM
tertarik dgn komen yg ni. sunnah apa dia nampak? mak pak scandal cerai berai, anak pun sama scanda ...

Lorh overnya comment ittew. Sunnah apooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 10:55 AM | Show all posts
mak bapak sendiri pun enabler..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2024 11:01 AM | Show all posts
dah bunting ke tu kembali ke keluarga 69
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:02 AM | Show all posts
wowww menantu tak ikut sekali keee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
i hrp nnt sol pn ada gmbar blik jmpa mak dia jgk...
untk marissa...rugi je masa muda jd wife no 2
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:05 AM | Show all posts
IzzahF replied at 23-2-2024 10:36 AM
tertarik dgn komen yg ni. sunnah apa dia nampak? mak pak scandal cerai berai, anak pun sama scanda ...

tiktok ke ni? kalo budak tiktok tak heran.. tak over tak sah
pakat pakai jubah meleret sapu lantai, terus jd keluarga para anbiya
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:06 AM | Show all posts
meols ada kat majlis nih smlm .. ada juga dgr nama norman disebut2 .. tp tak kosa nak toleh pun .. meols bukan batak retis hokey ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 23-2-2024 02:14 PM

wheres the mnntu?
mkin besar klurga ni
klurga tiri klurga kndung
ank ada klurga madu
anther fmly ksygn rkyt msia

bila dh mkin besar tu
slg amiktahu la kann
ank tlps ke siam sapa pun xtau??
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 23-2-2024 10:36 AM
tertarik dgn komen yg ni. sunnah apa dia nampak? mak pak scandal cerai berai, anak pun sama scanda ...

Ambil content bonding dgn family pastu background sound yg sedih skit terus dapat title keluarga sunnah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:16 AM | Show all posts
Letak2 lagu islamik, terus keluarga sunnah.
Ko dapat ape puji2 melangit cmtu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:19 AM | Show all posts
tk nmpk pun kelibat selamm...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 23-2-2024 10:36 AM
semoga yebby & yorman muhasabah diri, jgn over sgt dok tayang anak² kt media sosial. Jgn bangga sgt ...

Lamberttttt lg sis..ni pun tgh nenayang keluarga sunnah kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2024 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ler..awat dop bwk tok laki...nanti peluk cium dgn pak norman...mungkin giliran yg 1st kot eh?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:46 AM | Show all posts
tetiba semua dah suci murni semula..

sian pak kazar masih dpandang sinis...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
BellaThePrinces replied at 23-2-2024 11:46 AM
tetiba semua dah suci murni semula..

sian pak kazar masih dpandang sinis...

gitu laa bila rupa nanhado
walhal peel sama je depa ni, sejenis lantak laa anak aku ambil hak org pun dah sama2 gatai birah...janji bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2024 11:54 AM | Show all posts
ni sebab wife !st aslam tu dh redha terima dimadu kan, so yebby n normay pun maafkan si merysia ni.. cuba kalau pihak sebelah sana nk saman or menyalak kes kawin kt seberang msti yebby normay ni diam tak berkutik sebab tahu memamg ank tu ad buat salah. melodi call pun tak angkat . netijen pn cpt je maafkan sbb budak ni cuantikkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:04 AM GMT+8 , Processed in 1.421374 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list