View: 14590|Reply: 52
|
Netizen Puji Azhar Sulaiman Berlakon Jadi Penagih Dadah – "Dia Punya Mata Melilau Sambil Tenyeh Hidung Tu Yang Nampak Real."
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan sedutan pelakon, Azhar Sulaiman ketika melakukan penggambaran untuk sebuah drama TV3 Malaysia berjudul Hawt Fellas.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Azhar Sulaiman yang memegang watak seorang penagih dadah yang dikenali sebagai Nasir. Azhar yang memakai baju tshirt berwarna biru dan berseluar jeans dilihat benar-benar menjiwai watak selain mimik mukanya juga memainkan peranan sebagai penagih.
Lakonan mantap daripada pelakon lagenda itu menerima pujian warganet. Mereka menyifatkan Azhar seorang pelakon yang sangat berbakat dan versatil.
"Dalam pada itu, mereka juga akui sukar untuk menemui pelakon baharu yang memiliki bakat sama seperti barisan pelakon-pelakon lama."
"Dia ni memang legend. Dari muda-muda dulu, dia research dulu watak."
"Dia dah study. Homework yang penting. Yang tu beza dengan pelakon sekarang harap pakej comel je."
"elakon terbaik kot. Sekarang ni dah tak ada ramai pelakon yang boleh berlakon dan menjiwai. Orang-orang lama power.
"Nampak real lakonan dia."
"Dia punya mata melilau sambil tenyeh hidung tu yang nampak real."
"Jadi mat, gian habis ni."
Sekadar info, Hawt Fellas drama bersiri 13 episod ini ditayangkan di slot Lestary TV3 sejak 4 Januari lalu, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9 malam.
Sumber: Aplikasi X/OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Real pula abe harr ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dia memang terer berlakon kan. Iols tua, kenal dia sebagai pelakon, bukan bapak yona |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu cite dgn maria parida kayu je.cite manjalara bapak la setan dia berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
uori replied at 24-2-2024 11:38 AM
Dia memang terer berlakon kan. Iols tua, kenal dia sebagai pelakon, bukan bapak yona
Zaman muda kayu jugak. Pernah tengok filem2 lama dia kat tv3. Tapi ramai je pelakon pelakon senior zaman muda berlakon kayu. Bagus la ada improvement walaupun dia berlakon sekali sekala je. |
|
|
|
|
|
|
|
Haggard sangat sampai nampak real berlakon jadi penagih. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman ngan maria parida ayu aku cinta padamu tu mmg keras sbb muda sgt lg
|
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 24-2-2024 12:38 PM
Zaman muda kayu jugak. Pernah tengok filem2 lama dia kat tv3. Tapi ramai je pelakon pelakon senior ...
Jambu giler dia masa muda, mmg rebutan la. Dia dgn amy mastura paling sweet, sampai igtkan dorg betul2 bercinta. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurus sgt memang sesuai dgn watak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka watak dia dlm keluarga iskandar tu kadang lupa yg masa muda2 dia penah jd hero ala2 anak megah holding |
|
|
|
|
|
|
|
lucky_peace replied at 24-2-2024 03:42 PM
Jambu giler dia masa muda, mmg rebutan la. Dia dgn amy mastura paling sweet, sampai igtkan dorg be ...
Tak boleh recall dgn Amy Mastura cerita apa?
Aku suka tengok dia salam Keluarga Iskandar.
Dalam movie Love, Supermoon watak dia annoying betul. Typical Malay jantan.
Dalam Projek: High Council pun best jugak dia berlakon jadi bapak lembut2. |
|
|
|
|
|
|
|
Trademark kejip mata tu mesti x tinggal |
|
|
|
|
|
|
|
Jd hantu jerangkung dlm filem seram pun sesuai dia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
uori replied at 24-2-2024 11:38 AM
Dia memang terer berlakon kan. Iols tua, kenal dia sebagai pelakon, bukan bapak yona
Kan. Netizen bbnu mana ni? Dia mmg hebat berlakon & hnsem muda2. Tu la bbnu skrg nmpk bakat mcm fatah pon dikata hebat pdhal dlu2 lg ramai berbakat, hensem2 plak tu |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 24-2-2024 03:23 PM
zaman ngan maria parida ayu aku cinta padamu tu mmg keras sbb muda sgt lg
Tp org dlu, betul2 awal berlakon je kayu kan? Dlm 1-3 kali muncul, lps2 tu byk improve. Teringat rosyam dlm cerita yg faizal hussein tu kayu jah, |
|
|
|
|
|
|
|
Aksi real, pelakon hebat, harap jln cerita bagus.
Nape ek kalau penagih kne ada style gosok2 hidung garu2..sbb gatal ker |
|
|
|
|
|
|
|
oggy replied at 24-2-2024 04:40 PM
Tak boleh recall dgn Amy Mastura cerita apa?
Aku suka tengok dia salam Keluarga Iskandar.
Dalam mo ...
Cerita KLU, siap tuala terlucut lagi tepi jalan kejar amy mastura hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
abg 92 hensem jambu sgt masa tu..skarang dah jadi jambu benyet hehehe..kurus sgt bab gigi kuning tu hmmmm pegi la cuci bukan takde duit.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|