View: 5488|Reply: 0
|
Liga Super: KLFA sedia lelong KL Rovers
[Copy link]
|
|
KHALID (tengah) mengakui terpaksa menjual KL Rovers untuk mendapatkan dana bagi melangsaikan hutang dan menyelamatkan KL City.
PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) bersedia untuk ‘melelong’ kelab Liga M3, Kuala Lumpur (KL) Rovers dalam usaha melangsaikan bebanan hutang sebanyak RM2 juta yang ditanggung ketika ini.
Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad berkata, proses perbincangan dengan beberapa pihak yang berminat untuk membeli masih giat dijalankan, tetapi dalam masa yang sama tidak boleh dedahkan jumlah tuntutan yang diminta.
Kata Khalid, pihaknya terpaksa jual KL Rovers yang sebelum ini dianggap sebagai pelaburan jangka panjang kerana tidak boleh memiliki dua kelab dalam satu-satu masa selain mahu fokus kepada skuad utama, Kuala Lumpur City (KL City).
“Difahamkan, Imigresen FC sudah buat keputusan bahawa tidak akan masuk Liga Super, jadi kita (KL Rovers) nombor dua, kita sepatutnya terus dapat kedudukan untuk masuk ke Liga Super.
“Kita tidak boleh ada dua pasukan dalam Liga Super dan kalau KL Rovers masuk, kita akan jual. Pasukan ini (KL Rovers) kita (KLFA) tak boleh jaga, kita boleh jual.
“Jadi bila kita jual, kita boleh dapat balik apa yang kita sudah laburkan kepada KL Rovers sejak beberapa musim lepas dan mungkin boleh guna dana itu untuk lunaskan tunggakan yang ada.
“Mengenai pembida, ada dua tiga pihak yang cakap berminat tapi buat setakat ini, berdasarkan pengalaman kita sepanjang empat tahun lepas, cakap (kosong) ini kadangkala tak boleh pakai,” katanya.
Mengulas lanjut, Khalid mengakui jika KL Rovers berjaya raih lesen kebangsaan untuk ke Liga Super sudah pasti tawaran lebih banyak bakal diraih nanti.
“Ini kerana apabila dah dapat lesen Liga Super itu, saya rasa semua berebut untuk membeli. Bagi aspek harga, kita tengok siapa yang tawarkan harga paling tinggi,” katanya.
Pada kempen Liga M3 musim lalu, KL Rovers menamatkan saingan Liga M3 2023 di tempat kedua dengan 54 mata, satu mata di belakang juara, Imigresen FC.
Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan tiga pasukan iaitu Imigresen FC, KL Rovers dan Harini FT telah membuat permohonan untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan untuk beraksi di Liga Super.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... a-lelong-kl-rovers/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|