CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5775|Reply: 0

[Johor] Sub kontraktor didakwa liwat, cabul anak saudara

[Copy link]
Post time 25-2-2024 05:28 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Muar: Seorang sub kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan meliwat dan mencabul anak saudaranya dalam dua kejadian di Tangkak, tahun lalu dan awal bulan ini.

Tertuduh berusia 44 tahun yang didakwa atas dua pertuduhan, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa meliwat anak saudara perempuan berusia sembilan tahun dalam pondok berdekatan rumahnya di Tangkak, 11 pagi, 9 Februari lalu.

Bagi pertuduhan ini, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu pemenjaraan tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.



Pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa sama di rumah tertuduh, pada jam 9 malam, Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.

Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebatan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Mohammad Zuwairi Md Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan namun gagal membayarnya sebelum dihantar ke Pusat Koreksional Muar dan menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula serta lantikan peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cabul-anak-saudara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.106560 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list