CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6557|Reply: 25

[Tempatan] 'Tiong King Sing adalah figura sering terpalit isu pelanggaran peraturan dalam sistem pentadbiran semasa' - CUEPACS

[Copy link]
Post time 25-2-2024 11:49 PM | Show all posts |Read mode
'Tiong King Sing adalah figura sering terpalit isu pelanggaran peraturan dalam sistem pentadbiran semasa' - CUEPACS

https://www.bharian.com.my/berit ... lit-isu-pelanggaran

Oleh Samadi Ahmad - Februari 24, 2024 @ 3:54pm
[email protected]


Datuk Seri Tiong King Sing (kanan), Datuk Dr Ammar Abd Ghapar (tengah) dan Datuk Dr Adnan Mat (kiri).

PUTRAJAYA: CUEPACS menuntut penjelasan daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berhubung isu penamatan perkhidmatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM), Datuk Dr Ammar Abd Ghapar, berkuat kuasa hari ini.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, berkata notis penamatan yang dikeluarkan pada Khamis lalu dan berkuat kuasa hari ini dilihat amat singkat dan mengejutkan.

Menurutnya, perkara ini boleh menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pihak berkepentingan terutama penggiat industri tempatan.

Katanya, walaupun kuasa melantik Ketua Pengarah LPPM itu adalah di bawah bidang kuasa Menteri, namun tindakan seperti itu dilihat boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di antara anggota pentadbiran dan penjawat awam.

"Suasana keharmonian dan kebersamaan ini perlu dijaga apatah lagi dengan usaha untuk mencapai sasaran ketibaan 27.3 juta pelancong luar pada tahun ini memerlukan kerja berpasukan," katanya melalui kenyataan.

Semalam media melaporkan, Ammar melahirkan rasa kecewa apabila perkhidmatannya ditamatkan berkuat kuasa Isnin ini dan menyatakan penamatan tersebut begitu mengejutkan kerana sudah berkhidmat selama 36 tahun dalam industri berkenaan.

Difahamkan, ia berikutan beliau didakwa 'tidak sehaluan' dengan menteri berkenaan dan penamatan itu, berdasarkan surat tular di media sosial bertarikh Khamis lalu.

Adnan berkata, kebersamaan antara anggota pentadbiran dan penjawat awam wajar diharmonikan dengan suasana semak dan imbang, agar sistem pentadbiran kerajaan dapat mencapai matlamat dan memberi manfaat kepada negara serta rakyat.

Menurutnya, keharmonian tidak wujud sekiranya isu kebersamaan ini sering kali dipertingkahkan oleh kedua-dua pihak.

Katanya, anggota pentadbiran datang dan silih berganti yang tinggal adalah penjawat awam, maka pengalaman penjawat awam dan idealisme atau pendekatan yang hendak dibawa oleh anggota pentadbiran yang silih berganti perlu digabungkan dengan sebaik mungkin.

"Ia bagi menghasilkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang terbaik bagi sesebuah organisasi dalam memberikan khidmat bakti kepada negara," katanya.

Dalam kenyataannya, Adnan menambah, keadaan yang wujud seperti yang dihadapi oleh isu penamatan Ketua Pengarah LPPM ini dapat dielakkan jika kedua-dua pihak mengambil pendekatan yang berhikmah bagi mencapai solusi yang terbaik.

Menurutnya, ini kerana akan memberikan gambaran atau persepsi yang kurang baik kepada kerajaan seolah-olah tiada kebersamaan dalam sistem pentadbiran kerajaan bagi sesebuah kementerian, jabatan atau agensi.

"Kita memahami, sebagai seorang menteri, beliau mempunyai kuasa tetapi adakah tindakan penamatan itu dilihat jalan yang terbaik dalam merungkai isu yang dihadapi, apatah lagi beliau sering kali kelihatan sebagai seorang figura yang kerap terpalit dengan isu-isu yang berkisar tentang pelanggaran kepada peraturan-peraturan yang terdapat dalam sistem pentadbiran kerajaan semasa.

"Sebagai sebuah Kerajaan MADANI yang mempertahankan prinsip dan nilai yang baik seperti ihsan dan kebersamaan, wajar kita menunjukkan contoh yang baik agar pemikiran rakyat tidak celaru dengan tingkah laku yang tidak enak untuk mereka tatapi," katanya.

Adnan menambah, sekiranya perkara ini benar berlaku terdapat pihak yang boleh dirujuk sebelum kuasa pemutus digunakan.

Menurutnya, CUEPACS merasakan perlu ada pihak ketiga yang menjadi penasihat dalam memastikan situasi yang adil lagi saksama dapat dipraktikkan pada masa hadapan sebelum sesuatu keputusan dilaksanakan.

Katanya, jika pengguna boleh pergi ke bahagian tribunal pengguna untuk menyelesaikan permasalahan mereka maka bagi penjawat awam juga ada baiknya jawatankuasa yang bersifat sebagai pihak ketiga diwujudkan.

"Ia sekali gus dapat menangkis tanggapan yang kurang baik terhadap imej perkhidmatan awam dan kerajaan secara keseluruhannya," katanya.

Katanya, tambahan pula pendekatan yang diutarakan oleh tonggak utama dalam perkhidmatan awam negara seperti Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) baru-baru ini melalui pelaksanaan sistem penilaian DEEP dan HEMAT telah meletakkan penjawat awam agar lebih ke hadapan dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan sentiasa berada pada landasan dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang betul dan seiring dengan dasar pemerintahan semasa negara.

Katanya, negara pernah berada dalam sistem pentadbiran yang mana hanya penjawat awam yang terus mentadbir, tiada anggota pentadbiran di dalamnya tetapi penjawat awam adalah benteng negara pada ketika itu bagi memastikan negara berada dalam keadaan stabil dan terus produktif.

"Jangan habis madu sepah dibuang. Kebijaksanaan dan musyawarah adalah pendekatan terbaik bagi kedua belah pihak dan gunakan sebaiknya agar kebersamaan dan persekitaran yang harmoni dapat kita capai untuk bersama-sama membina sebuah negara bangsa yang hebat dan disegani di dunia," katanya.

Katanya lagi, sebagai sebuah organisasi yang mewakili penjawat awam, CUEPACS amat terkesan dengan isu-isu yang berlaku pada masa kini dan berharap tampuk kepimpinan negara dapat mengimbangi keadaan ini supaya tidak menjadi barah kepada penjawat awam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi tiong rules are to be broken.


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 08:17 AM | Show all posts
nak buat camno.....orang dah pilih...


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaduk naik junjung. Itulah Tiong Sing

Kes dia langgar imigresen kat klia pun Tara papa. Ikut rules Kes bsr tu sbb ko kacau penjawat awam bertugas. Inilah bahana pm boneka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 08:56 AM | Show all posts
itu yg org2 UMNO maukan....terutama TPM
yeahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 08:58 AM | Show all posts
buat apa tah simpan babi gemuk dalam kandang lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastu naikkan penjilat dia Karipuley.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 10:59 AM | Show all posts
muka tiong tu pon dah macam babi panggang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 26-2-2024 08:31 AM
Kaduk naik junjung. Itulah Tiong Sing

Kes dia langgar imigresen kat klia pun Tara papa. Ikut  ...

tableh la abg..nanti saiya tableh pirdana mintiri la...misti jugak mau lantik ia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 12:11 PM | Show all posts
Huduhnya kalau level menteri pun mabok goyang-goyang.
Tukau la orang lain jadi menteri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri kesayangan madanon arr niee sbb tpaling perform ngalahkn pjawat awam yg dh keja lbh 20 thn...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 12:55 PM | Show all posts
tak mengapa...heols kan asal dr negeri terpaling harmoni...pengundi2 heols suka heols
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 26-2-2024 12:17 AM
nak buat camno.....orang dah pilih...

Sah dah pekena beer 3,4 tin ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 01:07 PM | Show all posts
haku pun taberani nak buang staff short notice camni uii

dasat ekk elmu mentrik ni

ni baru betul kementerian ni aku yg punyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 01:38 PM | Show all posts
akibat bertuankan peminum arak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 02:22 PM | Show all posts
Menteri ni pun track record dia pun buruk jugak. Main redah aje. Ko yg baru tak sampai sepenggal dah sailang staff yg dah berkhidmat more than 20 yrs. Aku syak dia ni nak ikut kepala sendiri instead of program/planning yg dah dibuat oleh PTD.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2024 02:57 PM | Show all posts
oh ini kah yg bos iols dok bebel tadi... tapi isu sebenar nape x dihighlight? .. ade kaitan pasal sekarang langkawi dah xde tourist sbb rules yg sanusi buat? betui ka? ape yg sanusi bagi arahan erk?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 26-2-2024 08:17 AM
nak buat camno.....orang dah pilih...

Ni kalau nuat ke, nusi ke yg buat mcm ni, terus gegak gempita satu negara.

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kupeks taktau kisah negara bintulu wujud masa pkp ke? Tiong punya pasallah. Apek ni mmg samseng
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 26-2-2024 07:45 PM

Anwar puji King Sing, walaupun ‘garang’ tapi kerja bagus

anwar ibrahim puji king sing, berbeza dgn intonasi kenyataan ceupacs
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.157812 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list