Edited by maklukpenggoda at 26-2-2024 09:38 AM
ALOR SETAR: Penganjur Choii Underground Music Tour Kedah 2.0' memohon maaf kepada kerajaan negeri berikutan penganjuran konsert hip-hop pada Jumaaat lalu. Menerusi akaun TikTok Faris Azrii, pemuda itu mengakui kesilapannya yang terlepas pandang mengenai konsert yang diadakan pada malam Nisfu Syaaban.
"Apa yang berlaku ini memang tidak membabitkan mana-mana badan kerajaan dan memang salah pihak kami.
"Hari ini saya buat satu kesilapan dan saya mohon maaf kepada kerajaan negeri yang benarkan kita jalankan program di sini tetapi kita melanggar apa yang tidak sepatutnya kita buat di bumi Kedah, saya betul-betul mohon maaf kepada kerajaan Kedah," katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA
Menurutnya, perbuatan anak muda melompat dan terkinja-kinja ketika konsert hip hop adalah pada Jumaat dan bukannya pada malam Nisfu Syaaban. "Mengenai isu terkinja-kinja dan melompat-lompat itu juga saya mohon maaf kerana saya membawa hip hop ke bumi Kedah tetapi kejadian ini pada Jumaat bukan Sabtu.
BH |