CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2617|Reply: 0

Hari Tentera Darat ke-91 di Segamat Khamis ini

[Copy link]
Post time 26-2-2024 05:25 PM | Show all posts |Read mode

SIMULASI latihan pancaragam Tentera Darat Malaysia (TDM) di Dataran Segamat sempena sambutan Hari Tentera Darat pada 1 March, nanti. FOTO Ahmad Ismail

Segamat: Pelbagai golongan masyarakat dijemput memeriahkan sambutan Hari Tentera Darat (HTD) ke-91 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Segamat selama dua hari bermula Khamis ini.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi kenyataan memaklumkan pelbagai pengisian menarik akan ditampilkan pada sambutan yang bertemakan "Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga" HTD pada 1 March, nanti.

Orang ramai dijemput hadir untuk merasai pengalaman baharu bersama TDM, serta bersama menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air.

Pelbagai program menarik dan bermanfaat akan dibawakan khas kepada masyarakat umum di Segamat," katanya hari ini.


Antara program tersebut ialah Pameran Kerjaya dan Aset TD, Karnival Jualan, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Persembahan Buskers, Program Bersama Veteran, Persembahan Tatu TD dan Pertunjukan Bunga Api.

Selain itu, pelbagai program keagamaan termasuk Forum Perdana, bacaan Yasin, tahlil dan khutbah solat Jumaat bakal diadakan di Masjid Bandar Segamat sempena sambutan itu.

TDM berkata karnival itu diadakan bertujuan meningkatkan hubungan baik TDM dengan masyarakat awam terutama di sekitar Johor dan negeri lainnya.

"Objektif utama adalah memberi pendedahan mengenai tugas dan peranan TDM selain mempamerkan kepelbagaian aset serta kepakaran yang ada dalam pasukan TDM.

"Pelbagai aktiviti dan program menarik disusun untuk pengunjung seperti pameran, cabutan bertuah, demonstrasi, kerjaya perkhidmatan dan pemeriksaan kesihatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -segamat-khamis-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.053814 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list