CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2533|Reply: 0

Kane bantu Bayern mengatasi Leipzig 2-1, sekali gus tamatkan badi kelab

[Copy link]
Post time 26-2-2024 08:05 PM | Show all posts |Read mode


Kane (kanan) meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern Munich dan RB Leipzig di Munich, kelmarin. — Gambar AFP

BERLIN: Harry  Kane menjaringkan dua gol dalam separuh masa kedua, termasuk gol kemenangan dalam minit kecederaan  untuk membantu Bayern Munich menang 2-1 ke atas RB Leipzig, sekali gus menamatkan tempoh buruk kelab sejak 2015 pada Sabtu.

Bayern tewas tiga perlawanan berturut-turut untuk kali pertama dalam tempoh sembilan tahun sebelum kelab mengumumkan pada pertengahan minggu di mana jurulatihnya, Thomas Tuchel akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini.

Kapten Bayern, Manuel Neuer, memberitahu “ia mungkin kelihatan seperti tuah masih memihak kepada Bayern tetapi kami selayaknya kemenangan hari ini.”

Kemenangan membolehkan Bayern merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Bayer Leverkusen dengan lapan mata dan berbaki 11 perlawanan sahaja lagi musim ini.

Neuer berkata pemergian Tuchel “memberikan gambaran buruk kepada kami sebagai kami, di mana kami tidak dapat bekerja dengan jurulatih terbaik seperti Thomas Tuchel.

“Ia adalah kesilapan kami. Kami mahu semuanya berlaku secara profesional sehingga ke akhir musim.”

Kane membuka jaringan pada pertengahan separuh masa kedua namun Leipzig mengikat kedudukan ketika berbaki 20 minit permainan menerusi gol Benjamin Sesko.

Kane mempunyai peluang awal untuk meletakkan Bayern di hadapan seawal minit kelima tetapi tandukanya berjaya ditepis ke palang gol oleh penjaga gol Leipzig, Janis Blaswich.

Kane mempunyai satu lagi peluang sebelum rehat tetapi kali ini rembatan akrobatiknya tepat ke dakapan Blaswich.

Kapten antarabangsa England itu akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-56 apabila menjaringkan gol peribadi ke-26 dari 23 perlawanan.

Leipzig, yang belum tewas kepada Bayern dalam liga sejak dua tahun yang lalu, meningkatkan asakan dan akhirnya mengikat kedudukan menerusi gol Sesko pada minit ke-70.

Dan ketika perlawanan dijangka berkesudahan dengan seri, Kane menerima umpanan kemas dari Eric Maxim Choupo-Moting sebelum melakukan rembatan kencang ke pintu gol.

Pada perlawanan lain, FC Stuttgart seri 1-1 dengan Cologne untuk terus kekal di tangga ketiga liga.

Stuttgart, yang bermain dalam playoff penyingkiran untuk terus kekal dalam Bundesliga Jerman musim lepas, merupakan pasukan paling mengejutkan musim ini dan mengekalkan impian memburu kelayakan pertama ke Liga Juara-Juara sejak 2010.

Union Berlin seri 2-2 dengan Heidenheim di tempat sendiri sementara Borussia Moenchengladbach membelasah Bochum 5-2  untuk menjarakkan kedudukan dari zon penyingkiran dengan kelebihan lapan mata.

Darmstadt tidak bernasib baik untuk meraih kemenangan ketiga musim ini selepas dua gol pada minit akhir tidak dibenarkan kerana ofsaid ketika seri 1-1 di Werder Bremen. — AFP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.056837 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list