CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3591|Reply: 0

[Sarawak] Keldai akaun mengaku bersalah miliki RM50,000 diperolehi secara tidak sah

[Copy link]
Post time 26-2-2024 08:30 PM | Show all posts |Read mode

KUCHING: Seorang keldai akaun didenda RM1,500 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini setelah mengaku bersalah memiliki RM50,000 yang diperolehi secara tidak sah.

Lauren Tako, 36, beralamat di Dalat, membuat pengakuan tersebut sebaik didakwa mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil 1958 (Sarawak) yang membawa hukuman penjara tiga bulan dan denda RM500 jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 18 Oktober 2022, antara jam 7.41 dan 8.16 malam di sebuah rumah di Taman Haji Baki, Padawan, di sini.

Berdasarkan keterangan kes, pemilik wang (pengadu) membuat laporan polis mengatakan dia diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai pihak Telekom Kuala Lumpur dan pegawai polis.

Pihak tersebut memberitahu bahawa pengadu mempunyai tunggakan bil telefon selama tiga bulan, selain dimaklumkan bahawa pengadu terlibat dalam kes penggubahan wang haram.

Pengadu kemudian diminta untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberikan kerjasama iaitu dengan memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan bagi bayaran jaminan polis.

Berikutan itu, pengadu membuat pembayaran berjumlah RM50,000 secara berperingkat ke dalam akaun atas nama Lauren Tako (tertuduh).

Bagaimanapun, pengadu berasa dirinya ditipu apabila dia gagal menghubungi individu tersebut setelah membuat pembayaran seperti yang diarahkan.

Pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut dan hasil siasatan mendapati tertuduh sebagai pemilik akaun mengatakan pernah menyerahkan kad debit miliknya kepada rakan untuk tujuan pengeluaran wang.

Namun, rakannya tidak menyerahkan semula kad debit tersebut kepada tertuduh.

Tertuduh juga tidak membuat sebarang laporan kepada pihak bank dan pihak polis mengenai kejadian tersebut.

Akibatnya, akaun tertuduh telah digunakan untuk tujuan penipuan penyamaran dalam talian.

Tertuduh juga gagal untuk menjelaskan kemasukan wang tersebut ke dalam akaun bank miliknya dan perbuatan tersebut adalah mendapatkan harta secara tidak sah.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi sementara tertuduh tidak diwakili peguam.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.055480 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list