CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3605|Reply: 0

[Sabah] Imigresen Labuan Pergiat Usaha Banteras Pendatang Asing Tanpa Izin

[Copy link]
Post time 26-2-2024 08:35 PM | Show all posts |Read mode


Foto : Jabatan Imigresen Labuan
LABUAN : Jabatan Imigresen Labuan sedang mempergiatkan usaha membanteras pendatang asing tanpa izin di Wilayah Persekutuan itu yang diiktiraf sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa negara.

Pengarahnya, Raymond Entalai mengesahkan komitmen agensi penguatkuasaan itu dan mendedahkan dua operasi telah dijalankan pada bulan ini, sehingga membawa kepada penahanan 12 pendatang tanpa izin.

Beliau berkata dalam operasi pertama yang dijalankan pada 13 Feb, tujuh individu berusia lingkungan empat hingga 37 tahun ditahan.

Dalam operasi terbaru pada 20 Feb, pihaknya menahan lima pendatang haram dari Filipina dan Indonesia, berusia antara 28 dan 53 tahun, kata Raymond.

“Operasi itu menyasarkan kawasan yang menjadi tumpuan pendatang tanpa izin termasuk kawasan pembinaan, tempat hiburan dan kediaman,” katanya kepada Bernama hari ini.

Raymond berkata tahanan akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau menegaskan jabatan itu tidak berkompromi dengan warga asing yang memasuki dan menetap di negara ini tanpa pasport yang sah dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap majikan dan pemilik bangunan yang terlibat dengan warga asing tanpa dokumentasi yang sah.

Di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), majikan dan pemilik premis boleh didenda RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali, bagi setiap orang pekerja yang diambil, jika sabit kesalahan.

Justeru, JIM menggalakkan majikan untuk menggaji pekerja asing melalui saluran undang-undang, sambil menekankan komitmen mereka untuk memerangi kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966. – BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.081089 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list