CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3899|Reply: 0

[Sarawak] Pengeluaran padi tempatan kawal harga beras di pasaran

[Copy link]
Post time 26-2-2024 08:39 PM | Show all posts |Read mode


GEDONG: Pengeluaran padi tempatan mampu mengawal harga beras di pasaran, sekali gus mengelakkan Malaysia daripada terkesan susulan turun naik mata wang asing.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah ini memberi peluang kepada pengeluar produk untuk menetapkan sendiri harga beras yang dihasilkan namun masih mengikut harga lantai yang ditetapkan.

“Di peringkat nasional, harga lantai telah ditetapkan kepada RM1,300 dan di Sarawak, saya menambah RM500 menjadikan jumlah berkenaan sebanyak RM1,800 bagi satu tan beras.

“Jadi, kita dapat menetapkan harga beras sendiri mengikut harga lantai yang ditetapkan mengikut keadaan semasa. Jika mahu beli, inilah harganya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Jalinan Kasih Tani Beranyi di Dewan Kampung Lubok Punggor Gedong di sini, hari ini.

Justeru tambah beliau, pengeluaran beras jenama Sarawak bakal menjadi langkah penyelesaian yang baik bagi mengawal harga beras yang kian meningkat.

Sehubungan itu kata Abang Johari, Malaysia tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan inisiatif ini kerana memiliki tanah yang luas untuk mengusahakan ladang padi.

“Berbanding dengan negara seperti Singapura, mereka tidak mempunyai tanah untuk tujuan berkenaan.

“Dengan rezeki daripada Allah, kita manfaatkan dan saya akan terus berusaha untuk membangunkan sektor ini, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan masyarakat,” katanya.


BERCAKAP… Abang Johari ketika sidang media selepas menyempurnakan Program Jalinan Kasih Tani Beranyi di Dewan Kampung Lubok Punggor Gedong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.053480 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list