CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4480|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak peruntuk RM15 juta bina bangunan baharu Sekolah Menengah Chung Hua No.4

[Copy link]
Post time 26-2-2024 08:40 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seluas lima ekar tanah bersama RM15 juta dana diperuntukkan oleh Kerajaan Sarawak bagi membina bangunan baharu Sekolah Menengah Chung Hua (CHMS) No.4 di Jalan Haji Taha, dekat sini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan ini diagih ekoran pengurusan CHMS No.4 mahu mengembangkan sekolah itu tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana ruang terhad di tapak yang sedia ada.


DANA… Abang Johari (tujuh kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM15 juta kepada Richard Wee (tujuh kanan) sekali gus disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain. | (Foto Ukas)

“Kini, sebagai usaha untuk menyediakan pendidikan yang baik kepada anak-anak kita, kerajaan telah memutuskan untuk memperuntukkan lima ekar tanah dan RM15 juta bagi melaksanakan pembangunan sekolah itu,” katanya.

Tambah Abang Johari, kerajaan Sarawak juga akan memberi peruntukan kepada Lembaga Amanah Amal Cina Sarawak melibatkan tanah seluas tiga ekar dan dana RM5 juta.

“Untuk pemegang amanah sekolah, kita beri tiga ekar tanah dan RM5 juta.

Jadi secara keseluruhan dana adalah RM20 juta, sebagai ang pau malam ini (25 Feb). Kita ada hasil dan boleh kongsi dengan masyarakat Cina,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina (TBC) dan sambutan Ulang Tahun Ke-45 Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

Terdahulu, Pengerusi Lembaga Pengurusan CHMS No. 1, 3, dan 4 Datuk Richard Wee memberitahu pelaksanaan pembangunan itu penting kerana terdapat peningkatan dalam pengambilan pelajar di CHMS No.4.

Hadir sama isteri Premier Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang; Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom; Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri Datin Amar Baduyah Bujang; serta wakil yang lain.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.070120 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list