CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4663|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak yakin hidrogen jadi tenaga utama

[Copy link]
Post time 26-2-2024 08:41 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan Sarawak percaya kos penghasilan tenaga hidrogen akan berkurangan hasil daripada kemajuan teknologi pada elektroliser dari masa ke masa.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jika itu berlaku, hidrogen akan menjadi tenaga utama menggantikan bahan api fosil.

“Itulah sebabnya Kerajaan Sarawak hanya menumpukan kepada hidrogen dan mengambil langkah berani untuk menghasilkan hidrogen.

“Walaupun kosnya tinggi tetapi kadang-kadang anda perlu mengambil risiko, tiada yang mudah.

“Sekarang kita sudah mempunyai mempunyai Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) yang menggunakan bahan api hidrogen iaitu yang pertama di rantau ini menggunakan hidrogen untuk pengangkutan awam,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Peralihan Tenaga Borneo 2024 (BETC 2024) di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain, Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Robert Hardin dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Hazland Abang Hipni.

Abang Johari menambah, Sarawak sangat bertuah kerana mendapat banyak rakan kongsi dari luar negara yang sanggup melabur dalam penghasilan tenaga hijau itu di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya persoalan sekarang ialah bank hanya memerhati dan tidak yakin untuk memberikan pinjaman untuk pelaburan dalam penghasilan tenaga boleh diperbaharui itu disebabkan tiada jaminan bahawa ia akan berhasil.

“Walaupun terdapat banyak tekanan untuk kita berubah ke arah tenaga hijau bagi menyejukkan bumi tetapi pihak bank berkata ‘nanti saya pinjam duit tidak dapat bayar’ kerana tidak ada jaminan bahawa ini akan berhasil.

“Tetapi pada saya, ia akan berkesan…jika era pertama daripada menggunakan arang batu dan daripada arang batu kepada bahan api fosil, jangan beritahu saya bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbaharui tidak boleh berfungsi,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.232026 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list