CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4346|Reply: 40

[Tempatan] Ringgit terkurang nilai, kata Bank Negara

[Copy link]
Post time 27-2-2024 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 27-2-2024 08:38 AM

Ringgit terkurang nilai, kata Bank Negara

https://www.freemalaysiatoday.co ... i-kata-bank-negara/

FMT Reporters - 27 Feb 2024, 1:31pm


Bank Negara berkata pihaknya tingkat perbincangan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, GLC, syarikat korporat dan pelabur untuk galak aliran masuk berterusan dalam pasaran tukaran asing.

Bank pusat itu berkata ringgit sewajarnya didagang pada tahap lebih tinggi mengambil kira asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif.

PETALING JAYA: Gabenor Bank Negara (BNM) Abdul Rasheed Ghaffour berkata ringgit pada masa ini terkurang nilai susulan laporan mata wang itu merekodkan paras terendah dalam tempoh 26 tahun.

Ringgit merudum melepasi 4.8 berbanding dolar Amerika Syarikat minggu lalu, paras terendah sejak Januari 1998 ketika kemuncak krisis kewangan Asia.

“Memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Rasheed berkata, bank pusat itu meningkatkan perbincangan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk berterusan dalam pasaran pertukaran asing.


Abdul Rasheed Ghaffour.

Terdahulu, Bloomberg melaporkan perniagaan Malaysia membayar harga tinggi berikutan kelemahan ringgit, yang mana menjadikan pengimportan material dan pembayaran balik hutang asing bertambah.

Industri seperti penerbangan sehingga kepada sektor berintensifkan material secara khusus terkesan, menurut S&P Global Ratings.

Ringgit menyusut ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia pada penghujung 1990-an, dan kerajaan mengarahkan bank pusat berkenaan memantau rapi kedudukan ringgit, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2024 01:59 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 27-2-2024 07:53 PM

RM masih jauh dari level ieealnya (USD1=RM10) sedsuai dengan kondisi real fundamental ekonomi saat kini ...

Saat ini level RM(USD1=RM4.8)  masih "over valued" ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 27-2-2024 03:31 PM
nusaraya replied at 27-2-2024 01:59 PM
RM masih jauh dari level ieealnya (USD1=RM10) sedsuai dengan kondisi real fundamental ekonomi saat k ...


"Msia tau ka gaji gue BERJUTA JUTA di negara indon sana..gue sini Msia..mau maju Msia saja"-Orang Kaya Indon@nusaraya
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkurang nilai? Tak sengaja ke maksudnya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tukar design notes dgn kadar segera.. If not mistaken every 12 years akan keluar duit baru...

design notes sekarang ni takde ong la...dh la buruk, colour pulak terang dan kampung... ada Indon have2 kt Jakarta pernah komen duit kita lucu, mcm duit saidina katannya sebab colour terlampau terang... malu iollz...

btw terkurang nilai takpe, tak disengajakan... hukumnya tak berdosa klau ikut Mazhab Imam Lapiji Al Formulani.. beliau pernah bersabda Ringgit jatuh turut bawa kebaikan untuk negara ( May 2023 )
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkurang tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-2-2024 05:42 PM
Terkurang tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa{:mls ...

TERlampau...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 06:35 PM | Show all posts
sbb muntri dan perdana muntri terbodoh ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2024 07:18 PM | Show all posts
terkurang nilai = under valued ?

bahana alih bahasa terus jadi tak berdosa
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 07:21 PM | Show all posts
OshinDaSolja replied at 27-2-2024 05:32 PM
tukar design notes dgn kadar segera.. If not mistaken every 12 years akan keluar duit baru...

desig ...

Setuju bab kaler tu, macam duit mainan. Aku syak mungkin ada percubaan nak set a new trend malangnya gagal. Design duit kena serius macam USD. Pegang pun dah rasa power.

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut pmx pecat je muntri kew yg x perform tuh
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ringgit kurang Nilai - 1998
Ringgit kurang Nilai -2024
Tahun Berbeza tapi org yg sama jadi Menteri Kewangan yg myebabkan ringgit jadi hauk..
Atlis tun daim jadi menteri kewangan, ringgit mengukuh la juga ...
So korang nak bapok tua tu lagi ke atau nak ringgit mengukuh
Simpan je la mimpi basah korang pasal bapok tua tu hebat jaga negara...menurut otai2 lama yg kenal lbih lama dgn bapok tua tu kan, 99.999% bapok tua tu bangang nak mampus...iols senyum sinis je acik2 forum yg still terinzal  gila babi dgn nuart tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 27-2-2024 07:47 PM
Ringgit kurang Nilai - 1998
Ringgit kurang Nilai -2024
Tahun Berbeza tapi org yg sama jadi Menteri K ...

1998 - isu fundamental

2024 - isu sentimen


Tapi tapi tapi.. aku menahan diri dari maki pmx.. sebab dia mcm clueless nak buat damage control for reputation ginih.. patut buat lah press con.. mahadey dulu 1998 kerap je buat live telecast mcm abah yidin buat telecast covid (tanpa Q&A)
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 08:07 PM | Show all posts
TER...................


HAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 08:09 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 27-2-2024 05:42 PM
Terkurang tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa{:mls ...

TERbaik........
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
BNM tahun lepas  - kami tak sasarkan nilai tertentu ringgit
BNM hari ni - ringgit patut didagang pada nilai yg lebih tinggi.

Jadi, nilai apa yang sebetulnya fair utk ringgit? Dah kata ringgit is driven by market force.. kalau market kata 1USD = RM5 ... maknanya itulah fair valuenya. Tak payah duk imply ringgit overvalue undervalue... gabenor boleh sebut tak "nilai" yg sepatutnya? Tak boleh kan..? So shut up!!!.. dah sebulan ringgit merapu, baru tuan gabenor buka mulut. Bodoh lah BNM ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 27-2-2024 07:59 PM
1998 - isu fundamental

2024 - isu sentimen

kedua2nya fundamental laa.. fundamental menyebabkan sentimen.. nak tau sentimen, tengok pada carta pergerakan harga

terpulang pada kreativiti anwar ibrahim dan pentadbiran pimpinannya berstrategi mengembangkan dan membangunkan ekonomi negara dalam keadaan yg adil bagi segenap lapisan masyarakat

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyerhana
Terkurang

Ya ya kita terima seadanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 27-2-2024 08:36 PM
kedua2nya fundamental laa.. fundamental menyebabkan sentimen.. nak tau sentimen, tengok pada carta ...


Carta harga???


Ape ni... hahahahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2024 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 27-2-2024 08:35 PM
BNM tahun lepas  - kami tak sasarkan nilai tertentu ringgit
BNM hari ni - ringgit patut didagang pad ...

tahun lepas - bnm cakap betul

hari ni - bnm bertindak mainkan persepsi bagi membantu kestabilan pergerakan harga.. nampak mcm sekarang kedua2 kementerian dan bnm bertindak mainkan persepsi utk bantu ringgit

tapi yg terbaru ni.. yg anwar dgn selamber buat tak acuh jawab soalan wartawan berkenaan isu ringgit tu aku tak tau kenapa.. samada taichi atau sedang usahakan sesuatu di belakang tabir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Update :Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan.Bersemadilah semoga keadilan dapat ditebus
YgBenarUpdate :Jenazah Nur Farah Kartini selama
Views : 182368 Replies : 3103
BERENANG LAUTAN MERAH, HARAPKAN HASIL BERBEZA...
kruzamanBERENANG LAUTAN MERAH, HARAPKAN HASIL BE
Views : 11271 Replies : 19
Ada pramugari dan pramugara terpaksa berkongsi bilik, termasuk ‘tidur’ bersama juruterbang..Video klip “Darkside Pramugari” cemarkan imej kru kabin – NUFAM.Akan buat laporan pulis
YgBenarAda pramugari dan pramugara terpaksa ber
Views : 55926 Replies : 142
Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Tanya Kim Pan-gon Apa Dia Maksudkan Dengan Bahaya – TMJ
YgBenarTakut kena tembak? Takut kena culik? Tak
Views : 28736 Replies : 97
Datin Intan Najwa Mengandung
irveneDatin Intan Najwa Mengandung
Views : 21117 Replies : 44
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 91957 Replies : 819
Bantah penjualan saham MAHB kepada BlackRock, Aktivis M Mythreyar teruskan mogok lapar lebih 80 jam
YgBenarBantah penjualan saham MAHB kepada Black
Views : 10899 Replies : 1
Al-Kisah Tok Janggut Gerik, Perak.
chaconAl-Kisah Tok Janggut Gerik, Perak.
Views : 4170 Replies : 4
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat. Sejurus keputusan penggantungan, semua Ahli Parlimen blok pembangkang bangun membaca doa qunut nazillah
mojarean_XWan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan d
Views : 25862 Replies : 13
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 38311 Replies : 300

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.061546 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list