View: 2636|Reply: 0
|
FIFA perkenal siri persahabatan FIFA
[Copy link]
|
|
FIFA akan melancarkan Siri FIFA di empat negara - Arab Saudi, Algeria, Azerbaijan dan Sri Lanka - bulan depan dengan kos perjalanan ditanggung sepenuhnya badan induk dunia itu. – Foto REUTERS
ZURICH: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan melancarkan satu siri perlawanan persahabatan di satu lokasi ketika jendela antarabangsa dipanggil Siri FIFA (FIFA Series), dengan projek perintis dimulakan di empat negara bulan depan.
Sekalipun tiada trofi atau hadiah wang, siri itu diadakan untuk memberi faedah kepada pasukan kebangsaan yang tidak berpeluang menentang pasukan dari konfederasi lain, dengan FIFA bersedia membayar kos perjalanan.
Pelancaran Siri FIFA akan berlangsung dari 18 hingga 26 Mac depan di empat lokasi – Arab Saudi, Algeria, Azerbaijan dan Sri Lanka.
Empat pasukan akan diletakkan di satu lokasi dan masing-masing beraksi dua perlawanan.
"Sesetengah negara tidak pernah bermain dengan pasukan luar daripada konfederasi mereka," kata pengarah persatuan ahli serantau FIFA bagi Eropah, Elkhan Mammadov.
"Mereka boleh meraih pengalaman kompetitif menentang pasukan di luar konfederasi mereka sendiri, berdepan pasukan dengan corak permainan yang berbeza.
"Ketika ini kami ada 20 pasukan bagi edisi perintis. Bagi edisi 2026 kami harap ia akan bertambah."
Arab Saudi akan menjadi hos dua kumpulan sekalipun tuan rumah sendiri tidak terbabit dalam perlawanan, yang dibentuk untuk memberi manfaat kepada pasukan yang tidak pernah layak ke Piala Dunia. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... i-persahabatan-fifa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|