CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3338|Reply: 0

Ada laporan pegawai, anggota bomba terlibat kes rasuah dan salah guna kuasa

[Copy link]
Post time 27-2-2024 04:00 PM | Show all posts |Read mode

Nor Hisham (dua dari kiri) menyampaikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada pegawai JBPM Kelantan di Hotel Perdana, Kota Bharu hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Unit Integriti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak 80 aduan melibatkan pelbagai kesalahan pegawai dan anggota jabatan tersebut di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah itu sebanyak 52 kes salah laku dilaporkan, skandal dan seksual (7), salah guna kuasa (7), rasuah (4), pentadbiran (4), pengurusan (3), penyelewengan (2 kes) dan melibatkan aduan kes kewangan (1 kes).

Katanya, jumlah tersebut juga melibatkan sebanyak 35 aduan yang berasas, aduan tidak berasas (34), aduan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (7) dan masih dalam tindakan (4)

“Daripada 35 aduan yang berasas, sebanyak tujuh kes disyorkan tindakan tatatertib manakala 19 kes diberikan Surat Peringatan dan Teguran, lapan kes disyorkan tindakan penambahbaikan dan satu kes dirujuk kepada agensi penguatkuasaan.

“Bagaimanapun, tiada kes aduan melibatkan kesalahan warga JBPM Kelantan sepanjang tahun lalu. Kita mengambil serius dan cakna setiap salah laku dan keperibadian sahsiah diri setiap pegawai bomba.

“Tiada kompromi dan rayuan kepada pegawai yang terlibat dengan salah laku tatatertib yang serius,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Kelantan di Hotel Perdana, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 27 daripada 54 pegawai dan anggota yang hadir menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Mengulas lanjut, Nor Hisham memberitahu, pegawai dan anggota JBPM perlu beretika, berketerampilan, berintegriti dan saling hormat menghormati. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... n-salah-guna-kuasa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.051245 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list