CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 857|Reply: 0

[Sabah] Suhu panas meningkat beri kesan kepada sistem grid elektrik

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:37 PM | Show all posts |Read mode


ADRIAN

KOTA KINABALU: Cuaca panas yang melanda Sabah sejak akhir-akhir ini dijangka akan mengakibatkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik.

Pengurus Besar (SistemOperasi) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Adrian Leo Mosigil berkata, keadaan ini boleh memberi tekanan terhadap kestabilan Sistem Grid yang diuruskan.

"Pada ketika ini, permintaan tenaga tertinggi yang pernah direkodkan pada waktu puncak adalah 1090.73 MegaWatt (MW) sementara itu, pada keadaan biasa kapasiti penjanaan keseluruhan pula adalah sekitar 1,300MW.

"Antara punca utama penurunan kapasiti penjanaan ini adalah berikutan salah sebuah Stesen Janakuasa Bebas (IPP) di Kimanis, Papar yang terpaksa menutup sementara sebahagian operasinya bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan pada set tarbin gasnya dapat dilaksanakan dengan lebih selamat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu katanya, margin simpanan tenaga yang amat kecil iaitu pada kadar 12 peratus daripada kapasiti penjanaan tenaga keseluruhan negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga menjadikan SESB lebih berhati-hati dalam menguruskan bekalan elektrik kepada pengguna.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059501 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list