CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 856|Reply: 0

[Sabah] Penduduk rayu pihak berkaitan selesaikan masalah sistem pembentungan

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:38 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Chew (kiri) meninjau saluran pembentungan yang tersumbat di kawasan Bandar Ramai-Ramai.

SANDAKAN: Penduduk di rumah pangsa serta kedai di Bandar Ramai-Ramai di sini memohon kepada pihak berwajib agar masalah kemudahan sistem saluran pembentungan yang tersumbat diatasi segera.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, beliau menerima pelbagai aduan mengenai masalah seumpamanya di kawasan berkenaan.

"Saluran pembentungan kawasan berkenaan telah tersumbat sehingga sisa air najis mengalir keluar ke permukaan jalan, sekali gus menyebabkan pencemaran udara.

"Ketika membuat tinjauan, saya juga mendapati penutup parit di lokasi itu sudah pecah dan masalah ini sudah dimaklumkan kepada pihak berwajib," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pemaju Masyarakat Unit PPM Karamunting Nigel Cole Pagrios juga menghantar aduan rasmi kepada pihak berkaitan untuk membaiki sistem saluran pembentungan itu.

Katanya, masalah itu terjadi di Blok E Bandar Ramai-Ramai, isu sama turut menjadi masalah penduduk di Blok O dan Q.

Berikutan itu katanya, Pemaju Mukim UPPM Karamunting Syed Putra Ar-rahim telah membuat susulan mengenai aduan-aduan yang disampaikan.

Bagaimanapun katanya, makluman yang diberikan pihak berwajib adalah, kerja-kerja pembaikan hanya dilakukan secara bergilir atau mengikut keutamaan sahaja.

"Pihak berwajib seharusnya mengutamakan menyelesaikan masalah seumpamanya kerana penutup parit yang pecah itu mampu membawa risiko kecederaan kepada pejalan kaki.

"Aduan mengenai perkara ini bukan dibuat kali ini sahaja, tetapi sudah berkali-kali," katanya.

Selain itu katanya, di kawasan yang sama terdapat kerosakan pada saluran paip sehingga menyebabkan pembaziran bekalan air.

Katanya, pihak berkenaan juga telah dimaklumkan untuk membuat tindakan susulan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.068950 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list