CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 845|Reply: 0

[Sabah] Mandi-manda bertukar tragedi, remaja lelaki maut akibat lemas

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:39 PM | Show all posts |Read mode


LEMAS: Pasukan bomba membawa mayat mangsa yang ditemukan meninggal dunia akibat lemas di sungai Kampung Panagatan Keningau. Gambar ihsan PGO JBPM Negeri Sabah

KENINGAU: Kegembiraan sekumpulan remaja dan kanak-kanak lelaki bermandi-manda di sungai Kampung Panagatan di sini bertukar tragedi selepas seorang mangsa ditemukan meninggal dunia akibat lemas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, mangsa yang meninggal dunia berumur 13 tahun.

Katanya, Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.50 petang semalam.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau  menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

"Mangsa ditemukan oleh orang awam pada jam 9.50 malam kira-kira 520 meter dari lokasi mangsa dilaporkan kali terakhir dilihat.

"Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan mangsa meninggal dunia dan dibawa untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu jelasnya, kesemua yang mandi di sungai itu berumur dalam lingkungan 8 hingga 74 tahun.

Semasa kejadian, seorang lagi mangsa berumur 10 tahun turut lemas namun berjaya diselamatkan oleh datuknya iaitu warga emas yang mandi bersama mereka.
Operasi SAR tamat sepenuhnya pada jam 10 malam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053699 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list