CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 849|Reply: 0

[Sabah] Lelaki tempatan didakwa terima rasuah RM150,000

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:40 PM | Show all posts |Read mode


PROSIDING: Tertuduh (tengah) keluar dari bilik perbicaraan selepas prosiding mahkamah dijalankan.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah menerima rasuah RM150,000 sebagai ganjaran membantu kontraktor mendapatkan projek pembaikan sekolah pada 2019.

Tertuduh berusia 58 tahun terbabit membuat pengakuan itu di hadapan hakim Jason Juga selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sendiri terbabit berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa menerima wang sebanyak RM150,000 daripada seorang kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembaikan sebuah sekolah di Beluran pada 2019.

Projek itu membabitkan pembaikan kerja-kerja darurat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan Sugut yang bernilai RM1.5 juta.

Siasatan terhadap dakwaan itu dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM15,000 dengan RM3,000 sebagai deposit dan seorang penjamin beralamat tetap.

Tertuduh turut diperintah melapor diri di pejabat SPRM setiap dua bulan sekali dan dilarang mengganggu saksi kes, manakala pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Dzulkarnain Rousan Hasbi, manakala peguam Mohd Fadzri Azham mewakili tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 2 April depan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.056575 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list