CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 826|Reply: 0

[Sabah] MUIS Bahagian Zakat dan Fitrah anjur program Back To School bantu 200 asnaf di Papar

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:41 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Sebahagian asnaf merakamkan gambar kenangan bersama Malai Ali dan rombongan di hadapan sebuah pasaraya dekat sini.

PAPAR: Seramai 200 asnaf di daerah Papar dibantu menerusi 'Program Back To School' anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Bahagian Zakat dan Fitrah yang diadakan di salah sebuah pasaraya, dekat sini pagi tadi.

Para penerima bersama ibu bapa masing-masing tiba di perkarangan pasaraya sekitar jam sembilan pagi kemudian diiringi pegawai dan kakitangan MUIS Bahagian Zakat dan Fitrah menuju ke tingkat tiga pasaraya itu yang menempatkan peralatan dan kelengkapan sekolah termasuk pakaian seragam.

Sebelum itu, para ibu bapa yang menemani anak masing-masing diberikan taklimat ringkas daripada pegawai dan kakitangan bertugas kemudian disusuli dengan ucapan ringkas daripada Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.


AMANAT: Malai Ali sedang berkata sesuatu kepada penerima sebelum program diadakan.

Malai Ali ketika ditemui pemberita berkata, sejumlah RM60,000 diperuntukkan kepada 200 asnaf pada program kali ini yang diadakan di Papar.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini sudah lebih lima daerah telah melaksanakan 'Program Back To School' termasuk Sandakan dan Tawau sebagai usaha membantu sekaligus meringankan beban golongan asnaf yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.

Selain 'Program Back To School', Malai Ali memberitahu MUIS turut membiayai Program Berkhatan yang telah memberi manfaat kepada kira-kira 500 asnaf seluruh Sabah menerusi penganjuran itu termasuk golongan mualaf dalam program berkhatan yang diadakan di Kampung Matupang, Ranau.


PILIHAN: Kakitangan pasaraya membantu memilih kelengkapan yang sesuai bagi memudahkan kelancaran 'Program Back To School' yang diadakan.

Sementara itu, salah seorang ibu penerima, Dayang Rahina ketika ditemui menyatakan rasa syukur kerana terpilih dalam Program Back To School yang diyakini banyak membantu dalam persediaan anaknya memasuki sesi persekolahan pada Mac nanti.

Sambil mengucapkan terima kasih beliau turut mendoakan semua pembayar zakat dilimpahi dengan keberkatan kerana telah membantu golongan asnaf seperti mereka dan mudahan setiap penyumbang dianugerahkan ganjaran daripada Allah SWT.

Ternyata 'Program Back To School' anjuran MUIS Bahagian Zakat dan Fitrah yang diadakan di Papar telah mengukir senyuman di wajah ibu bapa yang terdiri daripada golongan asnaf termasuk anak-anak terlihat ceria memilih kelengkapan sekolah serta alat tulis dan lain-lain keperluan yang bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.065511 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list