CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 787|Reply: 0

[Sabah] PUS mampu lahirkan usahawan tempatan berjaya

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:44 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Saadiah (tiga kiri) ketika merasmikan majlis Hi-Tea dan Ulang Tahun Ke-2 PUS.

SEMPORNA: Majlis Hi-Tea dan Ulang Tahun Ke-2 Persatuan Usahawan Semporna (PUS) dilihat memberi peluang usahawan di daerah ini berkongsi idea dan pandangan mereka dalam bidang masing-masing.

Penaung PUS Datin Saadiah Abdul Rashad berkata, majlis ini sangat bermakna kerana usahawan yang hadir berpeluang menimba ilmu dan berkongsi pengalaman mereka.

Katanya, usahawan yang sudah menempah nama dapat memberikan input dan rahsia kejayaan mereka supaya lebih ramai lagi penduduk Semporna menceburi bidang perniagaan.

“Intipati yang cukup bermakna adalah dalam sesi perkongsian keusahawanan sosial daripada peniaga produk kerepek terkenal, Sariyaman Sabur.

“Melalui perkongsiaannya itu, beliau menyatakan permintaan terhadap produk kerepek ketika ini sangat tinggi, namun bahan mentah masih tidak mencukupi,” katanya.

Justeru, katanya, penduduk di daerah ini perlu mengambil peluang supaya menjadi pembekal bahan mentah seperti ubi kayu, cili padi dan sebagainya bagi memenuhi permintaan produk berkenaan.

“Selepas ini, penduduk boleh memanfaatkan tanah-tanah kosong di daerah Semporna supaya dapat menanam pokok ubi kayu dan cili padi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Hi-Tea dan Ulang Tahun Ke-2 PUS, di sini, pada Ahad. Turut hadir Pengerusi Persatuan Usahawan Semporna Siti Rahmah Ruslan.


ALBUM: Saadiah bergambar bersama anak-anak yatim dan asnaf dalam majlis berkenaan.

Saadiah menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada PUS kerana berjaya menganjurkan majlis yang sangat bermanfaat ini.

Katanya, ahli PUS juga dilihat sudah semakin maju contohnya hari ini, diadakan perasmian perniagaan dalam bidang pembinaan dengan harga lebih murah dan menarik yang dimiliki anak jati Semporna.

“Saya juga sangat terharu kerana majlis ini turut diselitkan program kebajikan dengan menyampaikan bantuan peralatan persekolahan kepada 100 anak yatim dan asnaf di daerah ini.

“Saya berharap PUS akan terus maju dalam melahirkan usahawan yang berjaya dan mampu membantu penduduk di Semporna dan sekitarnya,” katanya.

Turut hadir, wakil Pejabat Daerah Semporna, Intan Kabimbangan; Pengarah Kolej Komuniti Semporna, Siaroliza Alih dan Penolong Pegawai Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid PPD Semporna, Mahajoda Hj Pungutan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.079043 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list