CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 768|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak tidak akan kekurangan beras

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Kawasan seluas 10,000 hektar ditanam dengan padi hibrid keluarkan hasil sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun lagi



Abang Johari ketika menggunakan jentera menuai padi yang disediakan di Lubok Punggor. - Gambar UKAS

Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak tidak akan menghadapi krisis bekalan beras ekoran kawasan seluas 10,000 hektar yang ditanam dengan padi hibrid mengeluarkan hasil sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun lagi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengeluaran hasil padi itu juga akan dapat membantu mengawal harga beras.

Menurutnya, berdasarkan hasil kajian dilaksanakan Universiti Putra Malaysia (UPM), kawasan penanaman padi di Gedong, Simunjan, Lundu, Banting dan Lingga mampu mengeluarkan beras sekali ganda lebih banyak daripada jumlah yang diimport ketika ini.

“Dengan pengeluaran dianggarkan 400,000 tan dalam tempoh 24 bulan di kawasan tanaman yang sudah dibuka itu, Sarawak dalam keadaan selamat daripada masalah kekurangan bekalan beras pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Jalinan Kasih Tani Beranyi di Dewan Kampung Lubok Punggor, Gedong, hari ini.

Abang Johari berkata, antara faktor membuatkan harga beras mahal ialah negara mengimport dari luar negara khususnya India dan Vietnam.

“Transaksi kita untuk membeli beras dari luar adalah dengan menggunakan mata wang Amerika Syarikat (AS).

"Sebab itu, saya memutuskan untuk membuka kawasan penanaman yang luas selain meminta pakar termasuk daripada UPM untuk menjalankan kajian lebih menyeluruh,” ujarnya.

Tambah beliau, ini termasuk penggunaan teknologi terkini dan jentera serta kesesuaian tanah.

“Kerana apabila kita mengeluarkan beras sendiri, kita boleh mengawal harga lantai apabila tidak bergantung kepada mata wang asing lagi," katanya.

Beliau berkata, projek perintis yang dijalankan bersama penduduk Kampung Lubok Punggor di Gedong menunjukkan hasil positif dengan menghasilkan tanaman padi yang boleh dituai sehingga lima musim dalam tempoh 24 bulan.

“Ini  bermakna dalam tempoh itu, satu hektar boleh menghasilkan sehingga 40 tan padi dan kalau orang kampung dalam projek ini mempunyai dua hektar sawah, ia bermakna mereka mampu menghasilkan 80 tan,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya kawasan 10,000 hektar mengeluarkan hasil dalam tempoh 24 bulan, sebanyak 400,000 tan beras dapat dihasilkan.

“Jadi, saya anggap projek perintis di Lubok Punggor ini berjaya dan kita telah mengenal pasti 10,000 hektar tanah di seluruh negeri untuk tujuan yang sama,” katanya.

Sehubungan itu, Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong berkata Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM30 juta untuk menaik taraf sistem pengairan dan saliran di kawasan penanaman padi di Lubok Punggor.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Kerajaan Sarawak meningkatkan harga lantai belian padi keluaran Sarawak sebanyak RM1,800 per tan metrik.

Katanya, harga lantai belian padi itu ditingkatkan sebanyak RM500 daripada RM1,300 per tan metrik bagi tujuan meningkatkan pendapatan para petani di negeri ini.

“Jika di peringkat nasional, harga lantai ditetapkan kepada RM1,300 bagi satu tan, maka di Sarawak, saya menambah RM500 menjadikan jumlah berkenaan sebanyak RM1,800.

“Dengan cara ini bukan saja mampu meningkatkan pengeluaran, malah membantu meningkatkan pendapatan petani daripada RM1,000 semusim kepada RM6,000," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.556012 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list