CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 742|Reply: 0

[Sarawak] Kegiatan lumba haram di Sibu dipandang serius

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:51 PM | Show all posts |Read mode
Polis keluar hampir 1,000 notis saman, hadapkan 21 penunggang motosikal ke mahkamah tahun lepas



SIBU: Polis memandang serius kegiatan lumba haram di bandar ini dengan mengeluarkan hampir 1,000 notis saman melalui Ops Samseng Jalanan dan menghadapkan 21 penunggang motosikal ke mahkamah pada tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata operasi berkenaan akan menjadi keutamaan dan dilaksanakan dari semasa ke semasa sejak beliau bertugas di daerah itu kira-kira dua tahun lepas.

“Saya memang ambil berat (masalah lumba haram)… bukannya hanya masyarakat ambil berat dan salur maklumat terus kepada saya, malah YB (Yang Berhormat) pun ada juga salur terus maklumat kepada saya.

“Saya dah arah Ketua Bahagian (Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik) bukan hanya keluar saman kepada penunggang, panggil ibu bapa dan saman mereka sekali serta sita motosikal tersebut tetapi perkara ini berterusan berlaku,” katanya menjawab pertanyaan seorang daripada ketua kaum pada Program Kepolisan Komuniti Bersama Pesuruhjaya Polis Sarawak di sini hari ini.

Program yang dirasmikan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaae serta Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus.

Program terbabit bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pencegahan jenayah dan tanggungjawab bersama-sama membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencegahnya selain platform bersemuka dengan pucuk pimpinan tertinggi PDRM bagi membincang serta mencari jalan penyelesaian isu jenayah.

Zulkipli berkata mereka yang terlibat dalam lumba haram itu terdiri daripada golongan remaja seawal usia 16 tahun manakala motosikal diubah suai termasuk ekzos yang mengeluarkan bunyi bising.

“Saya menyeru ketua-ketua kaum dan ahli-ahli keluarga, pantaulah anak-anak kerana tanggungjawab bermula dari rumah.

“Tanpa pemantauan daripada ahli keluarga dan ibu bapa, kita tidak dapat mengatasi perkara ini 100 peratus. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak,” katanya. - BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.057122 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list