CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 746|Reply: 0

[Sarawak] Persidangan Peralihan Tenaga Borneo berlangsung dua hari, 26-27 Februari

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:53 PM | Show all posts |Read mode


ROBERT HARDIN

KUCHING: Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) sedang berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 27 Februari di sini anjuran SEDC Energy dan Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC).

Penganjuran persidangan ini adalah sebagai menyahut seruan global untuk memerangi perubahan iklim dan peralihan kepada sumber tenaga mampan.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Robert Hardin dalam ucapan aluannya berkata BETC 2024 adalah bukti keraguan yang mengelilingi sektor tenaga baharu.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada MARC kerana menganjurkan bersama BETC serta rakan penaja dalam menjayakan persidangan yang amat penting ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARC Datuk Jamaludin Nasir berkata Malaysia berada di barisan hadapan dalam usaha global dalam peralihan tenaga.

Katanya Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Dasar Tenaga Negara telah meletakkan asas bagi perjalanan sifar bersih Malaysia dengan hidrogen memainkan peranan penting dalam penyahkarbonan.

“Ia adalah penting untuk kedua-dua sektor swasta dan awam untuk mengambil bahagian secara aktif dalam peralihan tenaga ini dan bekerjasama untuk mengatasi cabaran sebagai sebuah negara yang bersatu padu.


JAMALUDIN NASIR

“Pihak berkepentingan sektor tenaga perlu memberi keutamaan pelaburan dalam tenaga diperbaharui dan pengeluaran hidrogen yang lebih bersih manakala institusi kewangan mesti berinovasi dan menggalakkan pelaburan hijau,” katanya.

Dalam pada itu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan BETC 2024 yang berlangsung di sebuah hotel di sini.

Persidangan tersebut turut menyaksikan pertukaran dokumen oleh SEDC Energy termasuk kerjasama strategik dengan Gentari Sdn Bhd bagi Hab Hidrogen Sarawak.

Pertukaran dokumen kedua pula melibatkan Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) antara SEDC Energy dengan Samsung Engineering, Lotte Chemical dan Korea National Corporation (KNOC).

Manakala pertukaran dokumen ketiga adalah antara SEDC Energy dengan Sarawak Metro bagi Loji Hidrogen Rembus.

Kesemua tiga inisiatif ini bertujuan memacu teknologi hidrogen, memajukan penyelesaian tenaga mampan dan memacu penyahkarbonan di rantau ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.078631 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list