CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 722|Reply: 0

[Sarawak] Kanak-kanak keluarga kurang berkemampuan perlu dibantu

[Copy link]
Post time 27-2-2024 10:54 PM | Show all posts |Read mode


Fatimah (tiga kanan) menyampaikan sumbangan kepada Patimah (kiri) dan keluarganya di kediaman mereka di Flat KMC hari ini.

KUCHING: Kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan perlu diberikan bantuan sewajarnya untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Demikian kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui pemberita hari ini.

"Sebab saya seorang bekas guru, bagi saya pendidikan itu sangat penting bagi keluarga yang miskin terutama sekali keluarga susah yang berpendapatan cukup-cukup walaupun melepasi garis kemiskinan RM2,500.

"Dan untuk keluar daripada ini adalah melalui pendidikan dan pendidikan juga tidak dapat dinikmati disebabkan masalah yang dihadapi. Apalah masa depan untuk kanak-kanak ini.

"Jadi kemiskinan itu akan terus diwarisi oleh mereka dan ini yang kita tidak mahu, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Sarawak adalah pembasmian kemiskinan dan kita tidak mahu kemiskinan diwarisi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan susulan terhadap Nor Aliff Syukri Roslee, 7, penghuni rumah pangsa KMC yang ditemui berkeliaran baru-baru ini oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, beliau meminta agar ketiga-tiga anak kepada pasangan Roslee Zainuddin Kaladi, 42 dan isterinya, Patimah Usop, 40, diagnosa oleh pakar kanak-kanak di HUS dan OSEIC.

Fatimah percaya anak sulung kepada pasangan itu, Nokairul Roslee, 13, mempunyai potensi untuk dibantu selain adiknya Nor Aliff Syukri Roslee, 7, dalam bidang pendidikan.

"Bantuan pendidikan ada disediakan, kita hendak meminta daripada Yayasan Sarawak tadi kerana telah berhubung dengan bekas pengarah Yayasan Sarawak mengenainya.

"Jadi nama sudah diberi tadi dan mudah-mudahan ikut prosedur yang biasa ialah mereka akan turun padang dan menilai sendiri tentang latar belakang dan sebagainya," tegas beliau.

Fatimah turut menyampaikan bantuan lampin pakai buang, bantal, tilam, tikar dan sebagainya kepada keluarga Roslee yang diwakili Patimah hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.161033 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list